Accessibility Tools

 
webmel

result

Keputusan temu duga bagi pelantikan ke jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG29 dan DG41 calon Guru SABK, Guru Tahfiz dan Guru Dini untuk sesi temu duga yang dilaksanakan pada 5 April 2017 boleh disemak di sini. Surat Arahan Penempatan akan dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

*Calon-calon yang berjaya adalah dipohon untuk mencetak Surat Tawaran Lantikan dan Pakej Setuju Terima Tawaran (PSTT). Untuk makluman, PSTT hendaklah dihantar kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran Malaysia (SPP) sama ada SPP Putrajaya, SPP Urus Setia Cawangan Sabah dan SPP Urus Setia Cawangan Sarawak, iaitu mengikut arahan penempatan negeri masing-masing.

Sekiranya terdapat sebarang kesilapan alamat pada surat tawaran tersebut, calon-calon adalah dipohon untuk menghantar emel kepada alamat emel iaitu This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Sila kemukakan alamat yang betul beserta nombor kad pengenalan dan nombor telefon untuk dihubungi kepada emel tersebut. SPP akan menghubungi calon apabila surat tawaran tersebut telah dikemaskini dan boleh dicetak semula.