Accessibility Tools

 
webmel

result

Keputusan temu duga bagi pelantikan ke jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41 bagi calon SLTPPM, PLPPIP, YIK, tolak tawaran dan Ambilan Khas GSTT KPM yang telah ditemu duga mulai 23 Januari 2017 boleh semak di sini. Surat Arahan penempatan akan dikemukakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

* Calon-calon yang berjaya adalah dipohon untuk mencetak Surat Tawaran Lantikan dan Pakej Setuju Terima Tawaran (PSTT). Untuk makluman, PSTT hendaklah dihantar kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) sama ada SPP Putrajaya, SPP Cawangan Sabah dan SPP Cawangan Sarawak, iaitu mengikut arahan penempatan negeri masing-masing. Untuk makluman, keputusan temu duga serta pautan untuk mencetak Surat Tawaran Lantikan dan PSTT adalah dipaparkan selama 6 minggu dari tarikh pengumuman dikeluarkan. Calon-calon adalah dinasihatkan untuk menyelesaikan proses berkenaan percetakan surat tawaran dan PSTT dalam tempoh tersebut. Sekiranya calon gagal mencetak surat tawaran dalam tempoh telah ditetapkan, calon dikehendaki mendapatkan surat tawaran di cawangan SPP berdekatan.

Sekiranya terdapat sebarang kesilapan alamat pada surat tawaran tersebut, calon-calon adalah dipohon untuk menghantar emel kepada alamat emel berikut:

  1. This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
  2. This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
    Sila kemukakan alamat yang betul beserta nombor kad pengenalan dan nombor telefon untuk dihubungi pada emel tersebut. SPP akan menghubungi calon apabila surat tawaran tersebut telah dikemaskini dan boleh dicetak semula.