Accessibility Tools

 
webmel

result

Keputusan temu duga bagi pelantikan ke jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41 Pengajar Interim untuk sesi temu duga yang dilaksanakan pada 17 Mei 2017 boleh disemak di sini. Surat Arahan Penempatan akan dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

*Calon-calon yang berjaya adalah dimohon untuk mencetak Surat Tawaran Lantikan dan Pakej Setuju Terima Tawaran (PSTT) dalam tempoh enam (6) minggu dari tarikh hebahan ini dibuat.   Untuk makluman, PSTT hendaklah dihantar kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran Malaysia (SPP) sama ada SPP Putrajaya, SPP Urus Setia Cawangan Sabah atau SPP Urus Setia Cawangan Sarawak, iaitu mengikut arahan penempatan negeri masing-masing.

Sekiranya terdapat sebarang kesilapan alamat pada surat tawaran tersebut, calon-calon adalah dimohon untuk menghantar emel kepada alamat emel iaitu This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Sila kemukakan alamat yang betul beserta nombor kad pengenalan dan nombor telefon untuk dihubungi kepada emel tersebut. SPP akan menghubungi calon apabila surat tawaran tersebut telah dikemaskini dan boleh dicetak semula.