Alat Kebolehcapaian

 
webmel

HEBAHAN PANGILAN TEMU DUGA LANTIKAN KONTRAK (INTERIM) KE JAWATAN ANGGOTA KUMPULAN PELAKSANA (AKP) BAGI ZON WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN TAHUN 2024

SPP akan melaksanakan urusan temu duga lantikan secara Kontrak (Interim) ke jawatan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) secara berperingkat bermula dengan Zon Wilayah Persekutuan Labuan pada 26 dan 27 Mac 2024.

Selaras dengan keputusan Kerajaan yang berkuat kuasa pada 1 Mac 2024, bahawa semua lantikan baharu dalam Perkhidmatan Awam hendaklah dilaksanakan secara Kontrak (Interim). Oleh itu, lantikan ke jawatan AKP bermula dengan Zon Wilayah Persekutuan Labuan dan seterusnya adalah secara Kontrak (Interim).

Sehubungan dengan itu, bagi calon-calon temu duga AKP di Zon Wilayah Persekutuan Labuan boleh membuat semakan panggilan temu duga di SINI.

Bagi calon yang menerima keputusan ‘Maaf! Maklumat anda tiada dalam urusan ini.’, bermaksud calon tidak disenaraikan untuk panggilan temu duga bagi ZON ini.

PERHATIAN!!

Calon-calon diwajibkan untuk memastikan salinan Kad Pengenalan dan salinan Sijil Lahir telah diperakui sah benar oleh Pegawai Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sebelum menghadiri temu duga.

 PERINGATAN!!

  1. Keputusan Suruhanjaya adalah muktamad dan sebarang rayuan tidak akan dipertimbang.
  1. Sekiranya calon didapati mengemukakan maklumat palsu dan tidak memenuhi syarat seperti dalam iklan, SPP berhak untuk tidak menemu duga calon.

Sebarang pertanyaan, tuan/puan boleh menghubungi talian di bawah:

 SPP NO. TELEFON EMEL
 SPP USC SABAH  088 - 488 521 / 522 / 523  Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.