Alat Kebolehcapaian

 
webmel

Keputusan temu duga Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) Gred 19 & 11 lantikan secara Kontrak (Interim) di Sabah dan W. P. Labuan Tahun 2024 yang telah ditemu duga pada 26 Mac hingga 15 Mei 2024 bagi semua Zon di Sabah dan W.P. Labuan bagi jawatan berikut:

  1. Pegawai Khidmat Pelanggan Gred N19
  2. Penyelia Asrama Gred N19
  3. Pembantu Makmal Gred C19
  4. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19
  5. Pembantu Pengurusan Murid Gred N19
  6. Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W19
  7. Pembantu Operasi Gred N11
  8. Pemandu Kenderaan Gred H11

Sehubungan itu, calon boleh membuat semakan Keputusan Temu Duga di SINI.

TINDAKAN CALON SELANJUTNYA:

  1. Calon-calon yang berjaya hendaklah mencetak Surat Tawaran Lantikan dan Pakej Setuju Terima Tawaran (PSTT) selewat-lewatnya 28 Ogos 2024.
  2. Calon-calon hendaklah mencetak Surat Tawaran Lantikan dan dokumen-dokumen yang dilampirkan dengan segera kerana makluman keputusan ini akan dipaparkan selama dua (2) minggu sahaja mulai daripada tarikh pengumuman ini dikeluarkan.
  3. Calon-calon mestilah mengemukakan Borang Pemeriksaan Perubatan Untuk Pelantikan Ke Dalam Perkhidmatan Awam (Borang Pin.1/2013) yang telah dilengkapkan oleh Pengamal Perubatan Berdaftar (pegawai perubatan kerajaan/ swasta) kepada Suruhanjaya ini dalam tempoh 14 hari dari tarikh surat tawaran ini dikeluarkan iaitu selewat-lewatnya pada 28 Ogos 2024 melalui pautan berikut:
  1. Surat tawaran pelantikan ini TERBATAL sekiranya calon-calon GAGAL mengemukakan Borang Pemeriksaan Perubatan yang telah dilengkapkan dalam tempoh yang ditetapkan.
  1. Surat Arahan melapor diri/penempatan akan dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia kepada calon-calon yang berjaya.

Sebarang pertanyaan, tuan/puan boleh menghubungi talian dibawah:

 SPP  NO. TELEON E-MEL
 SPP USC SABAH 088 - 488 521 / 522 / 523  Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.