Alat Kebolehcapaian

 
webmel

keputusan td akp 1
HEBAHAN KEPUTUSAN TEMU DUGA BAGI CALON PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN KOHORT 2020 (PENILAIAN SECARA RAKAMAN VIDEO DAN SECARA DALAM TALIAN)

 

Semakan keputusan temu duga bagi calon Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Kohort 2020 (Penilaian Secara Rakaman Video Dan Secara Dalam Talian) boleh dibuat di SINI.

 

Surat Arahan Penempatan akan dikeluarkan oleh KPM.

 

 

TINDAKAN CALON SELANJUTNYA :

 

Calon yang berjaya perlu memuat turun, menyimpan dan mencetak Surat Tawaran Lantikan dan Pakej Setuju Terima Tawaran (PSTT) dalam tempoh enam (6) minggu sahaja daripada tarikh hebahan ini dibuat. Suruhanjaya hanya akan mengemukakan sekali sahaja surat tawaran pelantikan ini dan menjadi tanggungjawab calon untuk menyimpan surat berkenaan dengan baik serta selamat. Untuk makluman, PSTT hendaklah dihantar kepada Ketua Jabatan masing-masing seperti yang dinyatakan dalam Surat Arahan Penempatan oleh KPM.

 Sekiranya terdapat sebarang kesilapan alamat pada surat tawaran tersebut, calon dimohon untuk menghantar e-mel pemakluman kepada alamat Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..

 Sila kemukakan alamat yang betul berserta nombor kad pengenalan dan nombor telefon untuk dihubungi dalam e-mel tersebut. SPP akan menghubungi calon apabila surat tawaran tersebut telah dikemas kini dan boleh dicetak semula.