Alat Kebolehcapaian

 
webmel

keputusan td ppp 1

Keputusan temu duga bagi pelantikan tetap ke jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41/29 boleh disemak di sini melibatkan calon berikut: 

i. Program Pelajar Cemerlang

ii. Tajaan Kementerian Pendidikan Malaysia dari Universiti Awam

iii. Skim Latihan Tenaga Pengajar Program Matrikulasi

iv. Interim Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC)

v. Tajaan Bahagian Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasional (BPLTV) Semenanjung, Sabah dan Sarawak

vi. Bahagian GENIUS, KPM

Surat Arahan Penempatan akan dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

TINDAKAN CALON SELANJUTNYA:

Calon yang berjaya perlu memuat turun, menyimpan dan mencetak Surat Tawaran Lantikan dan Pakej Setuju Terima Tawaran (PSTT) dalam tempoh enam (6) minggu sahaja dari tarikh hebahan ini dibuat. Untuk makluman, PSTT hendaklah dihantar kepada Ketua Jabatan masing-masing seperti yang dinyatakan dalam Surat Arahan Penempatan oleh KPM.

Sekiranya terdapat sebarang kesilapan alamat pada surat tawaran tersebut, calon-calon adalah dimohon untuk menghantar emel kepada alamat emel iaitu Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..

Sila kemukakan alamat yang betul beserta nombor kad pengenalan dan nombor telefon untuk dihubungi kepada emel tersebut. SPP akan menghubungi calon apabila surat tawaran tersebut telah dikemaskini dan boleh dicetak semula.

Manakala bagi calon yang mendapat keputusan 'Tertakluk kepada Kelulusan Mesyuarat Suruhanjaya', keputusan akan dikeluarkan setelah semua dokumen telah dikemukakan kepada SPP.