Accessibility Tools

 
webmel

PPP COS 

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) mempelawa Graduan Bukan Pendidikan yang berminat untuk memohon jawatan sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG9 secara lantikan Contract of Service (COS) di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

  1. SYARAT PERMOHONAN

Syarat-syarat permohonan PPP Gred DG9 secara lantikan COS:

  1. Warganegara Malaysia;

  2. Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup hebahan jawatan;

  3. Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred  C)  dalam  subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;

  4. Memiliki kelayakan ijazah sarjana muda daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau luar negara yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;

  5. Calon yang memiliki kelayakan ijazah sarjana muda dalam bidang berikut akan diberi keutamaan:

Opsyen

Nama Kelayakan

Bahasa Inggeris

Sarjana Muda Sastera (Pengajian Bahasa Inggeris)

Sarjana Muda Sastera Dalam Bahasa Inggeris Untuk Komunikasi Antarabangsa

Sarjana Muda Sastera Dalam Bahasa Inggeris Untuk Komunikasi Global

Sarjana Muda Sastera Inggeris

Calon pelbagai bidang yang mencapai tahap penguasaan Bahasa Inggeris sekurang-kurangnya Tahap C1 mengikut Common European Framework of Reference  (CEFR)

Reka Bentuk Dan Teknologi

Sarjana Muda Sains (Matematik)

Sarjana Muda Sains (Teknologi Maklumat)

Sarjana Muda Teknologi Maklumat

Sarjana Muda Sains Kejuruteraan Mekatronik

Sarjana Muda Sains Matematik Pengkomputeran

Pendidikan Jasmani Dan Pendidikan Kesihatan

Ijazah Sarjana Muda Sains Sukan

Sarjana Muda Sains Pengurusan Alam Sekitar

Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan (Sains Kelestarian Alam Sekitar)

Pendidikan Khas

Sarjana Muda Sains Kesihatan Dalam Sains Senaman

Sarjana Muda Sains Pemakanan

Sarjana Muda Sains Dietetik

Sarjana Muda Sains Pertuturan

Sarjana Muda Terapi Cara Kerja

Bahasa Cina / Bahasa Mandarin

Ijazah Sarjana Muda Sastera Pengajian Bahasa Cina

Sarjana Muda Sastera Kewartawanan Media Cina

Sarjana Muda Bahasa Dan Linguistik Cina

Sarjana Muda Sastera Pengajian Tionghua

Sarjana Muda Sastera Pengajian Cina

Muzik

Sarjana Muda Sastera Dalam Muzik

Sarjana Muda Sastera (Seni Muzik)

Sarjana Muda Seni Muzik

Sarjana Muda Seni Muzik Komposisi

Sarjana Muda Seni Muzik Persembahan

Tahfiz / Ulul Albab

Sarjana Muda Tahfiz Al-Quran Dan Qira'at

Ijazah Sarjana Muda Takhassus Qiraat/Tahfiz Wal Qiraat

Seni Kecantikan

Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Spa

Grafik Komunikasi Teknikal

Ijazah Sarjana Muda Teknologi Dalam Elektronik

Ijazah Sarjana Muda Teknologi Dalam Telekomunikasi

Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan (Elektrikal)

Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Mekatronik

Pendawaian Elektrik

Ijazah Sarjana Muda Sains Kejuruteraan Elektrik Dan Elektronik

Bahasa Iban

Calon Pelbagai Bidang Yang Boleh Berbahasa Iban

Bahasa Jepun

Sarjana Muda Bahasa Dan Linguistik Jepun

Menservis Motosikal

Sarjana Muda Teknologi Automotif

Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan (Automasi Dan Robotik)

Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Sistem Pembuatan

Pembuatan Perabot

Sarjana Muda Sains Teknologi Perabot

Ijazah Sarjana Muda Sistem Pembuatan Kejuruteraan

Sarjana Muda Kejuruteraan Awam

Dekorasi Dalaman

Ijazah Sarjana Muda Seni Bina

Ijazah Sarjana Muda Sains Seni Bina

Ijazah Sarjana Muda Seni Bina Dalaman

Bahasa Jerman

Sarjana Muda Sastera Pengajian Bahasa Jerman

Sarjana Muda Bahasa Dan Linguistik Jerman

Sarjana Muda Pengajian Jerman

Teknologi Automotif

Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Mekanikal (Automotif)

Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Automotif (Penyelenggaraan)

Sarjana Muda Teknologi Perniagaan Dalam Pengurusan Automotif

Bahasa Korea

Sarjana Muda Sastera Dengan Kepujian Dalam Bidang Bahasa Korea

Sarjana Muda Sastera Dalam Bahasa Dan Kesusasteraan Korea

Sarjana Muda Dalam Bahasa Dan Kesusasteraan Korea

Al-Lughah Al-Arabiah Al-Mu'asirah*

Ijazah Sarjana Muda Al-Syariah

Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam*

Ijazah Sarjana Muda Syariah*

Ijazah Sarjana Muda Syariah Dengan Muamalat*

Ijazah Sarjana Muda Syariah Dengan Pentadbiran Kehakiman*

Bahasa Perancis

Ijazah Sarjana Muda Sastera Pengajian Bahasa Perancis

Sarjana Muda Bahasa Dan Linguistik Perancis

Bahasa Semai

Calon Pelbagai Bidang Yang Boleh Berbahasa Semai

Usuluddin

Ijazah Sarjana Muda Dakwah Dengan Pengurusan

Ijazah Sarjana Muda Sains Islam (Kepujian) Dalam Da'wah Dan Usuluddin

Ijazah Sarjana Muda Sains Islam (Kepujian) Dalam Fiqh Dan Usul Fiqh

    *Calon dari kelulusan luar negara sahaja
  1. Bagi opsyen Bahasa Inggeris, keutamaan diberikan kepada calon yang mencapai tahap penguasaan sekurang-kurangnya Tahap C1 mengikut Common European Framework of Reference (CEFR). Senarai ujian yang diiktiraf setara dengan CEFR adalah seperti di Lampiran 1;

  2. Calon yang memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam mata pelajaran Bahasa Cina di peringkat SPM akan dipertimbang untuk ditemu duga bagi opsyen mata pelajaran di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC), kecuali opsyen Bahasa Inggeris;

  3. Calon yang memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam mata pelajaran Bahasa Tamil di peringkat SPM akan dipertimbang untuk ditemu duga bagi opsyen mata pelajaran di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT), kecuali opsyen Bahasa Inggeris;

  4. Bagi opsyen Tahfiz, calon disyaratkan memiliki Diploma Tahfiz atau Sijil Tahfiz Malaysia (STM) yang diiktiraf oleh Darul Quran, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) atau Diploma Tahfiz dari Institusi yang diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT). Pengecualian syarat ini diberikan kepada calon yang memiliki Ijazah Sarjana Muda Takhassus Qiraat/Tahfiz Wal Qiraat; dan

  5. Bagi opsyen mata pelajaran Bahasa Semai dan Bahasa Iban, keutamaan diberikan kepada calon yang memiliki kelulusan dalam bidang bahasa tersebut. Walau bagaimanapun, calon yang merupakan penutur jati (native speaker) atau memiliki tahap penguasaan yang baik dalam bahasa berkenaan juga boleh dipertimbangkan.

  1. GRADUAN YANG TIDAK LAYAK MEMOHON

Calon dalam kategori berikut TIDAK LAYAK memohon:

      1. Graduan Pendidikan termasuk individu yang sedang mengikuti Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (DPLI) atau Diploma Pascasiswazah Pendidikan (DPP);

      2. Graduan Pendidikan Tajaan KPM;

      3. Guru Interim;

      4. Guru Kontrak (Lantikan SPP);

      5. Pernah ditamatkan perkhidmatan atau dibuang kerja dari Perkhidmatan Awam; dan

      6. Seorang bankrap dan belum dilepaskan.

  1. CARA MENGEMUKAKAN PERMOHONAN
    1. Calon yang berkelayakan dan memenuhi syarat ditetapkan adalah dipelawa untuk memohon atau mengemas kini maklumat permohonan melalui Sistem Pengambilan Anggota Perkhidmatan Pendidikan di pautan https://myspp.spp.gov.my/.

    2. Permohonan hendaklah dikemukakan sebelum atau pada 22 Ogos 2025 (Jumaat).

    3. Calon bertanggungjawab untuk memastikan semua maklumat yang diisi adalah tepat dan terkini. Sebarang kesilapan boleh menjejaskan peluang untuk dipanggil ke sesi temu duga.

    4. Hanya permohonan yang diterima atau dikemas kini dalam tempoh 8 Ogos 2025 hingga 22 Ogos 2025 sahaja akan dipertimbang untuk saringan panggilan temu duga.

    5. Calon TIDAK DIBENARKAN untuk mengemas kini permohonan bermula dari 23 Ogos 2025 hingga 23 September 2025 bagi memberi laluan kepada proses saringan.

  1. PENGIKTIRAFAN KELAYAKAN

    1. Calon bertanggungjawab untuk menyemak surat pengiktirafan ijazah daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

    2. Bagi kelulusan dari institusi pengajian tinggi luar negara, calon perlu mendapatkan surat pengiktirafan secara individu daripada MQA.

    3. Dokumen pengiktirafan MQA hendaklah dikemukakan semasa menghadiri temu duga. Semakan boleh dibuat melalui pautan:

      1. https://www2.mqa.gov.my/esisraf/kelayakan; atau

      2. https://www2.mqa.gov.my/mqr/

  1. MAKLUMAN DAN PERHATIAN
    1. Hanya calon yang layak sahaja akan dipertimbangkan untuk menduduki Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) dan seterusnya dipanggil bagi sesi temu duga.

    2. Calon yang melepasi saringan awal akan diwajibkan untuk menduduki UKCG secara dalam talian sebelum ditemu duga. Maklumat lanjut akan dimaklumkan kepada calon yang layak selepas tarikh tutup permohonan.

    3. Penetapan opsyen temu duga adalah tertakluk kepada pertimbangan dan keputusan SPP, dan penetapan tersebut adalah muktamad.

    4. Calon-calon yang berjaya dilantik sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG9 (COS) DIWAJIBKAN mengikuti Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) dengan pembiayaan sendiri dalam tempoh kontrak yang akan diselaraskan oleh KPM.

  1. TARIKH TUTUP PERMOHONAN

    22 Ogos 2025 (Jumaat)