Hebahan Keputusan Temu Duga Jawatan Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT) Gred DH12 (DH47), Gred DH9 (DH41) Dan Gred DH5 (DH29) Tahun 2024 Bagi Calon-calon Yang Telah Ditemu Duga Di Semenanjung Pada 13 – 14 November 2024.
Calon-calon boleh membuat semakan keputusan temu duga di SINI.
TINDAKAN CALON SELANJUTNYA:
- Calon-calon yang berjaya hendaklah mencetak Surat Tawaran Pelantikan dan Pakej Setuju Terima Tawaran (PSTT) sebelum 03 Januari 2025 kerana makluman keputusan ini akan dipaparkan selama dua (2) minggu sahaja mulai daripada tarikh pengumuman ini dikeluarkan.
- Calon-calon mestilah mengemukakan Borang Pemeriksaan Perubatan Untuk Pelantikan Ke Dalam Perkhidmatan Awam (Borang Pin.1/2013) yang telah dilengkapkan oleh Pengamal Perubatan Berdaftar (pegawai perubatan kerajaan/ swasta) kepada Suruhanjaya ini dalam tempoh 14 hari dari tarikh surat tawaran dikeluarkan iaitu selewat-lewatnya pada 03 Januari 2025 melalui pautan berikut:
- Surat tawaran pelantikan ini TERBATAL sekiranya calon-calon GAGAL mengemukakan Borang Pemeriksaan Perubatan yang LENGKAP dalam tempoh yang ditetapkan.
- Surat Arahan melapor diri/penempatan akan dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) kepada calon-calon yang berjaya.
Sebarang pertanyaan, calon boleh kemukakan melalui laman web spp.spab.gov.my atau menghubungi talian di bawah: