Keputusan temu duga jawatan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) di Semenanjung Tahun 2024 bagi calon yang telah ditemu duga pada 29 April hingga 12 Jun 2024. Sehubungan itu, calon boleh membuat semakan Keputusan Temu Duga di SINI.
Nota : Keputusan Suruhanjaya adalah muktamad dan sebarang rayuan tidak akan dipertimbangkan.
TINDAKAN CALON SELANJUTNYA :
- Calon-calon yang berjaya hendaklah mencetak Surat Tawaran Lantikan dan Pakej Setuju Terima Tawaran (PSTT) selewat-lewatnya 6 September 2024.
- Calon-calon hendaklah mencetak SURAT TAWARAN dan dokumen-dokumen yang dilampirkan dengan segera kerana makluman keputusan ini akan dipaparkan selama dua (2) minggu sahaja mulai daripada tarikh pengumuman ini dikeluarkan.
- Calon-calon mestilah mengemukakan Borang Pemeriksaan Perubatan Untuk Pelantikan Ke Dalam Perkhidmatan Awam (Borang Pin.1/2013) yang telah dilengkapkan oleh Pengamal Perubatan Berdaftar (pegawai perubatan kerajaan/ swasta) kepada Suruhanjaya ini dalam tempoh 14 hari dari tarikh surat tawaran ini dikeluarkan iaitu selewat-lewatnya pada 6 September 2024 melalui pautan berikut:
- Surat tawaran pelantikan ini TERBATAL sekiranya calon-calon GAGAL mengemukakan Borang Pemeriksaan Perubatan yang telah dilengkapkan dalam tempoh yang ditetapkan.
5. Surat Arahan melapor diri/penempatan akan dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia kepada calon-calon yang berjaya.
Sebarang pertanyaan, calon boleh kemukakan melalui laman web spp.spab.gov.my atau menghubungi talian di bawah: