Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) ingin mempelawa pemohon yang berminat untuk memohon jawatan sebagai Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT) bagi mengisi secara Kontrak (Interim) kekosongan di Semenanjung Tahun 2024.
Pemohon yang berminat perlu mengemukakan permohonan atau pengemaskinian secara dalam talian melalui sistem mySPP.
Maklumat bidang-bidang yang ditawarkan boleh disemak DI SINI.
Tarikh tutup iklan adalah pada 17 September 2024 (Selasa).
Peringatan:
- Pemohon adalah diingatkan untuk meneliti syarat-syarat/maklumat berkaitan jawatan sebelum membuat sebarang permohonan atau pengemaskinian. Syarat-syarat/maklumat berkaitan jawatan boleh disemak DI SINI.
- Pemohon juga diingatkan untuk membaca terlebih dahulu Panduan Pengguna mySPP dan memastikan maklumat yang diisi/ dikemas kini dalam mySPP adalah tepat. Sebarang kesilapan dalam mengisi atau mengemas kini maklumat akan menjejaskan peluang untuk dipanggil temu duga.
3. Hanya pemohon yang memenuhi syarat dan melepasi tapisan sahaja akan dipertimbangkan untuk panggilan temu duga.
Sebarang pertanyaan, pemohon boleh menghubungi talian di bawah: