KEPUTUSAN TEMU DUGA GRADUAN PENDIDIKAN DAN BUKAN PENDIDIKAN KE JAWATAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN GRED DG9 (DG41) BAGI URUSAN PENGAMBILAN KHAS NEGERI SARAWAK TAHUN 2024
Hebahan Keputusan Temu Duga Graduan Pendidikan Dan Bukan Pendidikan Ke Jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) DG9 (DG41) Tahun 2024 Bagi Calon-calon Yang Telah Ditemu Duga Pada 08 Oktober 2024 hingga 10 Oktober 2024.
Calon boleh membuat semakan keputusan temu duga di SINI.
TINDAKAN CALON SELANJUTNYA:
- Calon-calon yang berjaya hendaklah mencetak Surat Tawaran Pelantikan dan Pakej Setuju Terima Tawaran (PSTT) sebelum 25 Disember 2024. Calon-calon hendaklah mencetak SURAT TAWARAN dan dokumen-dokumen yang dilampirkan dengan segera kerana makluman keputusan ini akan dipaparkan selama dua (2) minggu sahaja mulai daripada tarikh pengumuman ini dikeluarkan.
- Calon-calon mestilah mengemukakan Borang Pemeriksaan Perubatan Untuk Pelantikan Ke Dalam Perkhidmatan Awam (Borang Pin.1/2013) yang telah dilengkapkan oleh Pengamal Perubatan Berdaftar (pegawai perubatan kerajaan/ swasta) kepada Suruhanjaya ini dalam tempoh 14 hari dari tarikh surat tawaran dikeluarkan iaitu selewat-lewatnya pada 25 Disember 2024 melalui pautan berikut:
- Surat tawaran pelantikan ini TERBATAL sekiranya calon-calon GAGAL mengemukakan Borang Pemeriksaan Perubatan yang LENGKAP dalam tempoh yang ditetapkan.
- Calon-calon yang berjaya dimohon merujuk kepada Portal e-Graduan KPM di egraduan.moe.gov.my dari semasa ke semasa bagi urusan kemas kini maklumat graduan dan penempatan.
- Sekiranya terdapat sebarang kesilapan pada surat tawaran tersebut, calon dimohon untuk menghantar e-mel pemakluman kepada alamat
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. :
Urus Setia SPP Sarawak |
: |
|
Sila kemukakan alamat yang betul berserta nombor kad pengenalan dan nombor telefon untuk dihubungi dalam e-mel tersebut. SPP akan menghubungi calon apabila surat tawaran tersebut telah dikemas kini dan boleh dicetak semula.
Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan dengan menghubungi SPP USC Sarawak seperti butiran berikut:
Urusan Pengambilan |
||
Sarawak |
: |
082 – 537 011/ 015/ 017/ 018 |
Isnin - Khamis |
: |
9.00 pagi – 1.00 petang |
2.00 petang – 4.00 petang |
||
Jumaat |
: |
9.00 pagi – 11.45 tengah hari |
2.15 petang – 4.30 petang |