Alat Kebolehcapaian

 
webmel

result10

Keputusan temu duga bagi pelantikan ke jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41 boleh disemak di sini. Surat Arahan Penempatan akan dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

*Calon-calon yang berjaya adalah dipohon untuk mencetak Surat Tawaran Lantikan dan Pakej Setuju Terima Tawaran (PSTT) dalam tempoh enam (6) minggu dari hebahan ini dibuat. Untuk makluman, PSTT hendaklah dihantar kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran Malaysia (SPP) sama ada SPP Putrajaya, SPP Urus Setia Cawangan Sabah dan SPP Urus Setia Cawangan Sarawak, iaitu mengikut arahan penempatan negeri masing-masing.

Sekiranya terdapat sebarang kesilapan alamat pada surat tawaran tersebut, calon-calon adalah dipohon untuk menghantar emel kepada alamat emel iaitu Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. dan Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Sila kemukakan alamat yang betul beserta nombor kad pengenalan dan nombor telefon untuk dihubungi kepada emel tersebut. SPP akan menghubungi calon apabila surat tawaran tersebut telah dikemaskini dan boleh dicetak semula.