Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) akan meneruskan pelaksanaan urusan temu duga pengambilan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG9 tahun 2025 di Semenanjung secara berperingkat bermula 29 Julai 2025 melibatkan Graduan Pendidikan yang telah memohon/ mengemas kini permohonan sepanjang tempoh iklan pada 24 Januari hingga 7 Februari 2025.
Urusan temu duga Siri Sepuluh (X) di Semenanjung akan dilaksanakan di Johor, Melaka, Terengganu dan Pahang. Manakala, temu duga opsyen-opsyen dan pilihan pusat temu duga lain, jadual temu duga akan dihebahkan secara berperingkat dari semasa ke semasa.
Sehubungan itu, calon boleh membuat semakan panggilan Temu Duga Siri Sepuluh (X) di SINI.
OPSYEN |
TARIKH |
PILIHAN PUSAT TEMU DUGA OLEH CALON DALAM MYSPP |
PUSAT TEMU DUGA |
Bahasa Melayu |
9 - 11 September 2025 |
Johor |
Johor Bahru, Johor |
Reka Bentuk Dan Teknologi |
|||
Pendidikan Islam |
|||
Matematik |
Melaka Negeri Sembilan |
Melaka |
|
Pendidikan Seni Visual |
|||
Sejarah |
|||
Sains |
Terengganu |
Kuala Terengganu, Terengganu |
|
Bimbingan Dan Kaunseling |
|||
Pendidikan Moral |
|||
Ketidakupayaan Pembelajaran (PPKI) |
Pahang |
Kuantan, Pahang |
|
Geografi |
|||
Pemulihan |
|||
Reka Cipta |
|||
Al-Quran |
Peringatan
Calon adalah diminta untuk menyemak syarat kelayakan jawatan di SINI sebelum menghadiri temu duga.
Sekiranya didapati calon mengemukakan maklumat palsu dan tidak memenuhi syarat seperti dalam iklan, SPP berhak untuk tidak menemu duga calon.
Keputusan Suruhanjaya adalah muktamad dan sebarang rayuan tidak akan dipertimbangkan.
Sebarang pertanyaan, calon boleh kemukakan melalui laman web spp.spab.gov.my atau menghubungi talian di bawah:
Bahagian Pengambilan Putrajaya (Temu Duga Semenanjung):