
Hebahan Keputusan Temu Duga bagi jawatan Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT) Gred DH12 dan Gred DH9 Tahun 2025 untuk calon yang ditemu duga di Sabah pada 1 Oktober 2025 kini boleh disemak di SINI.
TINDAKAN CALON SELANJUTNYA:
1. Cetakan Surat Tawaran & Pakej Setuju Terima Tawaran (PSTT)
Calon yang berjaya perlu mencetak Surat Tawaran Pelantikan dan Pakej Setuju Terima Tawaran (PSTT) sebelum 3 Disember 2025.
Hebahan keputusan hanya dipaparkan selama dua (2) minggu dari tarikh pengumuman ini.
2. Pengemukaan Borang Pemeriksaan Perubatan
Calon perlu mengemukakan Borang Pemeriksaan Perubatan (Borang Pin.1/2013) yang telah dilengkapkan oleh pengamal perubatan berdaftar (pegawai perubatan Kerajaan / swasta) dalam tempoh 14 hari dari tarikh surat tawaran, iaitu selewat-lewatnya 3 Disember 2025, melalui pautan berikut:
o Arahan Muat Naik Borang Pemeriksaan Perubatan
o Borang Pemeriksaan Perubatan
3. Kegagalan Mengemukakan Borang Perubatan
Surat tawaran pelantikan akan TERBATAL sekiranya orang Pemeriksaan Perubatan tidak lengkap atau tidak dikemukakan dalam tempoh yang ditetapkan.
4. Arahan Melapor Diri
Surat arahan melapor diri dan penempatan akan dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) kepada calon yang berjaya.
Untuk pertanyaan, tuan/puan boleh sila hubungi:
|
SPP |
NO. TELEON |
E-MEL |
|
SPP USC SABAH |
088 - 488 521 / 522 / 523 |
|