Alat Kebolehcapaian

 
webmel

PPP GRED DG41 1

 

Hebahan keputusan temu duga calon Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan 2025 ke Jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG9 2025 bagi calon-calon yang telah ditemu duga pada 11 Jun 2025 hingga 17 Julai 2025

Calon boleh membuat semakan keputusan temu duga di SINI.

TINDAKAN CALON SELANJUTNYA:

  1. Muat Turun Surat Tawaran:

Calon-calon yang berjaya hendaklah mencetak Surat Tawaran Lantikan dan Pakej Setuju Terima Tawaran (PSTT) sebelum 5 Disember  2025. Calon-calon hendaklah mencetak SURAT TAWARAN dan dokumen-dokumen yang dilampirkan dengan segera kerana makluman keputusan ini akan dipaparkan selama 2 (dua) minggu sahaja mulai daripada tarikh pengumuman ini dikeluarkan.

  1. Pemeriksaan Perubatan:

Calon-calon mestilah mengemukakan Borang Pemeriksaan Perubatan Untuk Pelantikan Ke Dalam Perkhidmatan Awam (Borang Pin.1/2013) yang telah dilengkapkan oleh Pengamal Perubatan Berdaftar (pegawai perubatan kerajaan/ swasta) kepada Suruhanjaya ini dalam tempoh 14 hari dari tarikh surat tawaran ini dikeluarkan iaitu selewat-lewatnya pada 5 Disember 2025 melalui pautan berikut:

  1. Pembatalan Tawaran:

Surat tawaran pelantikan ini TERBATAL sekiranya calon-calon GAGAL mengemukakan Borang Pemeriksaan Perubatan yang telah dilengkapkan dalam tempoh yang ditetapkan.

  1. Urusan Penempatan:

Calon-calon yang berjaya dimohon merujuk kepada Portal e-Graduan KPM di egraduan.moe.gov.my dari semasa ke semasa bagi urusan kemas kini maklumat graduan dan penempatan.

  1. Pertanyaan Lanjut:

Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) SPP di spp.spab.gov.my atau dengan menghubungi talian telefon yang berikut:

Semakan boleh dibuat pada waktu seperti berikut:

contact number SPPQ