Alat Kebolehcapaian

 
webmel

  • PERMOHONAN JAWATAN
    PERMOHONAN JAWATAN
    BIL SOALAN JAWAPAN
    1. Apakah jawatan yang boleh saya pohon di SPP? a. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG29 dan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 untuk berkhidmat di sekolah-sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM);
        b. Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT) Gred DH29 dan PPPT Gred DH41 untuk berkhidmat di Politeknik dan Kolej Komuniti di Kementerian Pengajian Tinggi (KPT);
    2. Bilakah dan bagaimanakah saya boleh memohon jawatan tersebut? Semua permohonan jawatan di bawah SPP boleh dilakukan sepanjang tahun. Permohonan boleh dikemukakan melalui Sistem mySPP di https://myspp.spp.gov.my
    3. Saya merupakan PPP Gred DG29, DG32, DG34, dan DG38 di bawah KPM yang memiliki kelayakan Ijazah Sarjana Muda. Bolehkah saya memohon untuk pelantikan ke jawatan PPP Gred DG41? Selaras dengan pekeliling yang berkuat kuasa bagi pegawai yang sedang berkhidmat sebagai PPP Gred DG29, DG32, DG34, dan DG38 perlu mengemukakan permohonan untuk kenaikan pangkat ke PPP DG42 yang dikendalikan oleh pihak KPM. SPP hanya menguruskan pelantikan pertama dalam perkhidmatan sama ada ke jawatan PPP Gred DG29 atau PPP Gred DG41.
    4. Saya pernah meletak jawatan dalam perkhidmatan awam tetapi ingin berkhidmat semula. Bagaimanakah caranya untuk saya mengemukakan permohonan? Seseorang yang telah meletakkan jawatan boleh dilantik semula ke dalam perkhidmatan awam. Permohonan boleh dibuat seperti permohonan calon biasa iaitu permohonan secara online di  https://myspp.spp.gov.my
    5. Bilakah iklan jawatan kosong disiarkan? SPP tidak mengiklankan kekosongan jawatan di akhbar mahupun media massa yang lain. SPP menyiarkan iklan sepanjang masa di portal kami dan permohonan boleh dibuka terus di https://myspp.spp.gov.my. Oleh itu, pemohon juga boleh menyemak maklumat yang dimaksudkan serta perkara lain berkaitan dengannya dan mereka boleh memohon jawatan yang diminati yang sesuai dengan kelayakan yang mereka miliki. Permohonan boleh dibuat pada bila-bila masa sepanjang tahun. Walau bagaimanapun, penerbitan iklan juga boleh dilakukan oleh SPP pada bila-bila masa mengikut kesesuaian berdasarkan keperluan urusan pengambilan jawatan tertentu.
    6. Perlukah saya menghantar biodata/maklumat peribadi (resume) untuk memohon jawatan ke SPP? Tidak perlu. Pemohon hanya dikehendaki mengisi dengan teliti dan sempurna semua maklumat yang diperlukan dalam borang permohonan. Walau bagaimanapun, dokumen yang mengandungi maklumat tersebut serta dokumen lain yang berkaitan perlu dibawa pada hari temu duga.
    7. Mengapa saya perlu memperbaharui / mengemas kini permohonan/pendaftaran? Setiap pendaftaran perlu diperbaharui/ dikemas kini walaupun pemohon tidak pernah dipanggil peperiksaan atau temu duga dalam tempoh satu (1) tahun. Ini membolehkan SPP mendapatkan serta menyimpan maklumat terkini pemohon yang benar-benar berminat di dalam bank data SPP. Selain itu ia juga mengelakkan pemohon terlepas peluang untuk dipertimbangkan panggilan temuduga disebabkan tempoh sah laku pendaftaran yang telah luput selepas tempoh satu (1) tahun.
  • TEMU DUGA
    TEMU DUGA
    BIL SOALAN JAWAPAN
    1.   Bilakah saya akan dipanggil temu duga   a. Bagi jawatan PPP, temu duga akan dilaksanakan sebaik sahaja maklumat kekosongan jawatan mengikut opsyen diterima daripada KPM. Pemakluman bagi urusan panggilan temu duga akan dibuat melalui portal SPP. Calon boleh menyemak status panggilan temu duga secara online di portal SPP.
    b. Bagi calon AKP, temu duga akan dilaksanakan sebaik sahaja maklumat kekosongan jawatan diterima daripada KPM. Calon boleh menyemak status panggilan temu duga secara online di portal SPP dari masa ke masa.
    c. Bagi calon PPPT , temu duga akan dilaksanakan sebaik sahaja maklumat kekosongan jawatan diterima daripada KPT. Panggilan temu duga bagi jawatan PPPT akan dibuat mengikut kekosongan bidang pengkhususan dan gred jawatan. Calon boleh menyemak status panggilan temu duga secara online di portal SPP dari masa ke masa.
    2.  Bolehkah saya menukar tempat temu duga?  a. Pertukaran tempat temu duga dibenarkan kepada calon PPP yang telah bertukar daripada pusat temu duga yang dipilih sewaktu dipanggil temu duga dengan syarat terdapat temu duga bagi opsyen yang sama dilaksanakan di negeri calon berada sekarang. Walau bagaimanapun, calon dikehendaki memaklumkan terlebih dahulu kepada Suruhanjaya secara bertulis sebaik sahaja mengetahui pemakluman temu duga dan calon disyaratkan membawa dokumen berikut semasa hadir temu duga:
    1. pemakluman temu duga;
    2. semua dokumen yang disyaratkan dalam senarai semak pemakluman temu duga; dan
    3. salinan kebenaran pertukaran pusat temu duga
    b. Tidak boleh bagi jawatan PPPT dan AKP
    3. Apa yang saya perlu lakukan sekiranya salah satu sijil asal  hilang? Calon dikehendaki mendapatkan semula sijil asal tersebut ataupun surat pengesahan dari pihak yang mengeluarkan.
    4. Apakah salinan fotostat sijil yang telah disahkan boleh diterima pakai menggantikan sijil asal yang hilang untuk urusan temu duga? Tidak boleh, calon dikehendaki mendapatkan semula sijil asal tersebut ataupun surat pengesahan dari pihak yang mengeluarkan sijil tersebut.
    5. Apakah persediaan yang perlu saya buat untuk menghadiri temu duga? Antara persediaan yang perlu dilakukan:
    • Pastikan semua dokumen asal yang dikehendaki seperti dalam senarai semak pemakluman temu duga disediakan. Hanya sijil asal diterima dan calon yang gagal mengemukakan sijil asal tidak akan ditemu duga;
    • Pastikan pakaian mematuhi kod etika pakaian penjawat awam; dan
    • Lengkapkan diri dengan pengetahuan am dan ikhtisas.
    6. Saya telah membuat permohonan di mySPP, Bilakah saya akan dipanggil temu duga? Semua pemohon yang telah berdaftar di mySPP akan dipertimbangkan panggilan temu duga sekiranya:
    • Terdapat kekosongan jawatan yang dipohon;
    • Memenuhi syarat skim perkhidmatan jawatan yang dipohon; dan
    • Melepasi asas tapisan.

    Setiap pemohon boleh menyemak pendaftaran melalui pautan Semakan Status Pendaftaran di Portal SPP.

    7. Kenapa saya tidak dipanggil temu duga? Ada pelbagai sebab mengapa seseorang pemohon itu tidak dipanggil temu duga walaupun telah lama berdaftar di mySPP seperti:
    • Tiada urusan pengambilan dijalankan disebabkan tiada laporan kekosongan jawatan dikemukakan oleh Kementerian/Jabatan kepada SPP;
    • Permohonan yang dikemukakan oleh pemohon tidak lengkap dan tidak berjaya didaftarkan dalam bank data SPP;
    • Pendaftaran pemohon telah luput tempoh sah laku pendaftaran dan pemohon tidak memperbaharuinya;
    • Pemohon tidak memenuhi syarat yang ditetapkan dalam iklan atau dalam skim perkhidmatan bagi jawatan dipohon; dan
    • Pemohon tidak melepasi asas tapisan.
    8. Berapa lamakah masa yang diambil untuk dipanggil temu duga selepas proses pendaftaran di mySPP? Tiada tempoh yang ditetapkan bagi proses tersebut kerana selepas selesai proses pendaftaran, semua data permohonan akan disimpan di dalam Bank Data SPP. Proses tapisan hanya akan dijalankan setelah SPP menerima laporan pengisian kekosongan jawatan dari Kementerian. Pemohon yang melepasi tapisan semasa akan dipanggil oleh SPP bagi menghadiri ujian/ temu duga berdasarkan jawatan yang dipohon.
  • PELANTIKAN
    PELANTIKAN
    BIL SOALAN   JAWAPAN
    1. Bilakah surat tawaran pelantikan akan dikeluarkan sekiranya saya berjaya dalam sesi temu duga? a. Bagi calon yang berjaya, pemakluman keputusan temu duga akan dimaklumkan dalam portal SPP dan calon adalah dikehendaki untuk mencetak sendiri surat tawaran pelantikan tersebut dalam tempoh 6 minggu dari tarikh surat tawaran dikeluarkan. Surat arahan lapor diri  dan penempatan akan dikeluarkan oleh Kementerian.
    2.  Sekiranya saya gagal dalam temu duga, apakah yang perlu saya lakukan?  a. Bagi jawatan PPP, Suruhanjaya telah menetapkan tatacara baharu bagi semua kategori calon yang gagal temu duga seperti yang berikut:
    1. calon dimaklumkan kegagalannya;dan
    2. calon boleh memohon semula melalui mySPP selepas enam bulan dari tarikh keputusan Suruhanjaya melalui Portal SPP.

    Tempoh enam bulan yang diberikan oleh Suruhanjaya untuk memohon semula bertujuan memberi peluang kepada calon memperbaiki kelemahan diri.

    b. Bagi jawatan PPPT dan AKP, calon boleh mengemaskini semula permohonan di https://myspp.spp.gov.my untuk memastikan permohonan jawatan masih aktif.