Alat Kebolehcapaian

 
webmel


PANGGILAN TEMU DUGA GRED DG9 Presentation

Hebahan Keputusan Temu Duga Calon Kementerian Pendidikan (KPM) Ke Jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG9 2025 Bagi Calon-calon Yang Telah Ditemu Duga Pada 15 Oktober 2025 hingga 19 November 2025 seperti berikut:

Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP);
Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Tamat 2025; dan
Guru Contract of Service (CoS) Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK).

Calon boleh membuat semakan keputusan temu duga di SINI.

TINDAKAN CALON SELANJUTNYA:

1.  Muat Turun Surat Tawaran:

Calon-calon yang berjaya hendaklah mencetak Surat Tawaran Lantikan dan Pakej Setuju Terima Tawaran (PSTT) sebelum 22 Disember 2025. Calon-calon hendaklah mencetak SURAT TAWARAN dan dokumen-dokumen yang dilampirkan dengan segera kerana makluman keputusan ini akan dipaparkan selama 2 (dua) minggu sahaja mulai daripada tarikh pengumuman ini dikeluarkan.

2.  Pemeriksaan Perubatan:

Calon-calon mestilah mengemukakan Borang Pemeriksaan Perubatan Untuk Pelantikan Ke Dalam Perkhidmatan Awam (Borang Pin.1/2013) yang telah dilengkapkan oleh Pengamal Perubatan Berdaftar (pegawai perubatan kerajaan/ swasta) kepada Suruhanjaya ini dalam tempoh 14 hari dari tarikh surat tawaran ini dikeluarkan iaitu selewat-lewatnya pada 22 Disember 2025 melalui pautan berikut:

Arahan Muat Naik Borang Pemeriksaan Perubatan
Borang Pemeriksaan Perubatan

3.  Pembatalan Tawaran:

Surat tawaran pelantikan ini TERBATAL sekiranya calon-calon GAGAL mengemukakan Borang Pemeriksaan Perubatan yang telah dilengkapkan dalam tempoh yang ditetapkan.

4.  Urusan Penempatan:

Calon-calon yang berjaya dimohon merujuk kepada Portal e-Graduan KPM di egraduan.moe.gov.my dari semasa ke semasa bagi urusan kemas kini maklumat graduan dan penempatan.

5.  Pertanyaan Lanjut:

Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) SPP di spp.spab.gov.my atau dengan menghubungi talian telefon yang berikut:

Semakan boleh dibuat pada waktu seperti berikut:

contact SPP