Alat Kebolehcapaian

 
webmel

Blue and White Bold English Broadcast Journalism Presentation

 

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) akan meneruskan pelaksanaan urusan temu duga pengambilan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG9 tahun 2025 di Semenanjung secara berperingkat bermula 29 Julai 2025 melibatkan Graduan Pendidikan yang telah memohon/ mengemas kini permohonan sepanjang tempoh iklan pada 24 Januari hingga 7 Februari 2025.

Urusan temu duga Siri Sepuluh (X) di Semenanjung akan dilaksanakan di Johor, Melaka, Terengganu dan Pahang. Manakala, temu duga opsyen-opsyen dan pilihan pusat temu duga lainjadual temu duga akan dihebahkan secara berperingkat dari semasa ke semasa.

Sehubungan itu, calon boleh membuat semakan panggilan Temu Duga Siri Sepuluh (X) di SINI.

OPSYEN

TARIKH

PILIHAN PUSAT TEMU DUGA OLEH CALON DALAM MYSPP

PUSAT TEMU DUGA

Bahasa Melayu

9 - 11 September 2025

Johor

Johor Bahru, Johor

Reka Bentuk Dan Teknologi

Pendidikan Islam

Matematik

Melaka

Negeri Sembilan

Melaka

Pendidikan Seni Visual

Sejarah

Sains

Terengganu

Kuala Terengganu, Terengganu

Bimbingan Dan Kaunseling

Pendidikan Moral

Ketidakupayaan Pembelajaran (PPKI)

Pahang

Kuantan, Pahang

Geografi

Pemulihan

Reka Cipta

Al-Quran

Peringatan

Calon adalah diminta untuk menyemak syarat kelayakan jawatan di SINI sebelum menghadiri temu duga.

Sekiranya didapati calon mengemukakan maklumat palsu dan tidak memenuhi syarat seperti dalam iklan, SPP berhak untuk tidak menemu duga calon.

Keputusan Suruhanjaya adalah muktamad dan sebarang rayuan tidak akan dipertimbangkan.

Sebarang pertanyaan, calon boleh kemukakan melalui laman web spp.spab.gov.my atau menghubungi talian di bawah:

Bahagian Pengambilan Putrajaya (Temu Duga Semenanjung):

Contact Pengambilan