Alat Kebolehcapaian

 
webmel

WhatsApp Image 2025 01 14 at 4.26.13 PM

 

Merujuk kepada iklan pada 12 September 2025, Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) akan melaksanakan urusan temu duga jawatan Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT) Gred DH9 di Sarawak tahun 2025 pada 12 & 13 November 2025.

Sehubungan itu, calon boleh membuat semakan panggilan temu duga di SINI.

Bagi calon yang menerima keputusan ‘Maaf! Anda tidak tersenarai untuk temu duga ini.’, bermaksud calon tidak melepasi tapisan dan tidak disenaraikan untuk panggilan temu duga.

PERHATIAN!!

  1. Calon-calon yang memiliki Sijil Kompetensi/ Sijil Profesional dikehendaki membawa bersama sijil asal beserta salinan semasa menghadiri sesi temu duga.
  2. Calon-calon yang memiliki pengalaman kerja diingatkan untuk melengkapkan ruangan ‘Pengalaman Kerja’ pada Borang Maklumat Calon yang dilampirkan.

PERINGATAN!!

  • Keputusan Suruhanjaya adalah muktamad dan sebarang rayuan tidak akan dipertimbangkan.
  • Sekiranya didapati calon mengemukakan maklumat palsu dan tidak memenuhi syarat seperti dalam iklan, SPP berhak untuk tidak menemu duga calon.

Sebarang pertanyaan, tuan/puan boleh menghubungi talian dibawah:

No telefon: 082 – 537 000 / 011 / 015 / 017 / 018

Emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.