
Tawaran pelantikan calon simpanan ke jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG9 bagi calon-calon yang ditemu duga pada tahun 2025 boleh disemak di SINI.
TINDAKAN CALON SELANJUTNYA:
- Calon-calon yang berjaya hendaklah mencetak Surat Tawaran Pelantikan dan Pakej Setuju Terima Tawaran (PSTT) sebelum 1 DISEMBER 2025 kerana makluman keputusan ini akan dipaparkan selama dua (2) minggu sahaja mulai daripada tarikh pengumuman ini dikeluarkan.
- Calon-calon mestilah mengemukakan Borang Pemeriksaan Perubatan Untuk Pelantikan Ke Dalam Perkhidmatan Awam (Borang Pin.1/2013) yang telah dilengkapkan oleh Pengamal Perubatan Berdaftar (pegawai perubatan kerajaan/ swasta) kepada Suruhanjaya ini dalam tempoh 14 hari dari tarikh surat tawaran dikeluarkan iaitu selewat-lewatnya pada 1 DISEMBER 2025 melalui pautan berikut:
- Surat tawaran pelantikan ini TERBATAL sekiranya calon-calon GAGAL mengemukakan Borang Pemeriksaan Perubatan yang LENGKAP dalam tempoh yang ditetapkan.
- Calon-calon yang telah mengemukakan Borang Pemeriksaan Perubatan akan menerima Surat Arahan melapor diri/penempatan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tertakluk kepada pertimbangan Suruhanjaya ini.
- Sebarang pertanyaan, tuan/puan boleh menghubungi talian dibawah:
|
SPP |
NO TELEFON |
EMEL |
|
SPP USC SABAH |
088 - 488 521 / 522 / 523 |
|









