Alat Kebolehcapaian

 
webmel

PANGGILAN TEMU DUGA GRED DG9 Presentation

 

Hebahan keputusan temu duga calon Kementerian Pendidikan (KPM) ke jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG9 2026 bagi calon-calon yang telah ditemu duga pada 25 Februari 2026 hingga 23 April 2026 seperti berikut:

  1. Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP);
  2. Program Pelajar Cemerlang (PPC);
  3. Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP);
  4. Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP);
  5. PISMP Perakuan Semula; dan
  6. PISMP Perakuan Khas.

Calon boleh membuat semakan keputusan temu duga di SINI.

TINDAKAN CALON SELANJUTNYA:

  1. Muat Turun Surat Tawaran: Calon hendaklah memuat turun dan mencetak Surat Tawaran Pelantikan berserta Pakej Setuju Terima Tawaran (PSTT) selewat-lewatnya pada 28 Julai 2026 (Selasa). Pautan untuk memuat turun dokumen ini hanya akan aktif dalam tempoh dua (2) minggu daripada tarikh pengumuman rasmi ini dikeluarkan.

  2. Pemeriksaan Perubatan: Calon dikehendaki memuat naik Lampiran UP.1.3.10(A) Borang Pemeriksaan Perubatan (Borang Pin. 1/2013) yang telah dilengkapkan oleh pengamal perubatan berdaftar (kerajaan atau swasta) ke portal mySPP dalam tempoh empat belas (14) hari daripada tarikh surat tawaran, iaitu selewat-lewatnya pada 28 Julai 2026. Arahan muat naik borang pemeriksaan perubatan adalah seperti pautan berikut:

    Arahan Muat Naik Borang Pemeriksaan Perubatan

  3. Pembatalan Tawaran: Tawaran pelantikan ini akan terbatal secara automatik sekiranya calon gagal mengemukakan Borang Pemeriksaan Perubatan yang lengkap dalam tempoh yang telah ditetapkan.

  4. Urusan Penempatan: Calon dinasihatkan agar sentiasa merujuk Portal e-Graduan Kementerian Pendidikan  (KPM) di egraduan.moe.gov.my dari semasa ke semasa untuk sebarang maklumat terkini berkaitan urusan kemas kini data dan penempatan.

  5. Pertanyaan Lanjut: Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) SPP di spp.spab.gov.my atau dengan menghubungi talian telefon yang berikut:

Ibu Pejabat
03-8893 4019/4020

Sabah
088-488 521/ 522/ 523

Sarawak

082-537 011/015/017/018