Alat Kebolehcapaian

 
webmel

PPP GRED DG41 2

 

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) mempelawa Graduan Pendidikan yang berminat untuk memohon jawatan sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG9 di bawah Kementerian Pendidikan (KPM).

  1. SYARAT PELANTIKAN
    Syarat-syarat lantikan PPP Gred DG9 secara lantikan Kontrak (Interim):

    1. Warganegara Malaysia;

    2. Sihat tubuh badan;

    3. Memiliki kelayakan seperti berikut:
      1. ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang pendidikan daripada institusi pengajian tinggi tempatan (universiti awam dan swasta) dan luar negara yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
      2. ijazah sarjana muda dalam bidang berkaitan daripada institusi pengajian tinggi tempatan (universiti awam dan swasta) dan luar negara serta Diploma Pendidikan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;

    4. Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;

    5. Bagi opsyen mata pelajaran di SJKC (kecuali Bahasa Melayu/ Pendidikan Islam/ Bahasa Inggeris), keutamaan akan diberikan kepada graduan yang memiliki sekurang-kurangnya Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam mata pelajaran Bahasa Cina di peringkat SPM;

    6. Bagi opsyen mata pelajaran di SJKT (kecuali Bahasa Melayu/ Pendidikan Islam/ Bahasa Inggeris), keutamaan akan diberikan kepada graduan yang memiliki sekurang-kurangnya Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam mata pelajaran Bahasa Tamil di peringkat SPM;

    7. Bagi opsyen Tahfiz, selain daripada pemegang Ijazah Sarjana Muda Takhassus Qiraat/Tahfiz Wal Qiraat yang diiktiraf oleh MQA, keutamaan juga akan diberikan kepada graduan yang memiliki Diploma Tahfiz atau Sijil Tahfiz Malaysia (STM) yang diiktiraf oleh Darul Quran, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) atau Diploma Tahfiz dari Institusi yang diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA); dan

    8. Bagi opsyen Bahasa Semai, Bahasa Kadazandusun dan Bahasa Iban, selain daripada graduan dengan kelulusan dalam bidang Bahasa Semai, Bahasa Kadazandusun dan Bahasa Iban, keutamaan juga akan diberikan kepada graduan yang merupakan penutur asli (native speaker) atau yang mempunyai penguasaan yang baik dalam bahasa tersebut.
  1. SYARAT KHAS PELANTIKAN BAGI OPSYEN BAHASA INGGERIS
    Bagi Opsyen Bahasa Inggeris (BI), keutamaan pelantikan akan diberikan kepada graduan yang mencapai sekurang-kurangnya tahap C1 berdasarkan piawaian Common European Framework of Reference for Languages (CEFR) seperti ketetapan berikut:

    1. Graduan Pendidikan bidang BI/ TESL dengan tahap sekurang-kurangnya CEFR C1:
      layak dipertimbang pelantikan secara Kontrak (Interim);

    2. Graduan Pendidikan bidang BI/ TESL dengan tahap CEFR B2 ke bawah:
      layak dipertimbang pelantikan secara lantikan Contract of Service (COS) dengan syarat calon wajib mencapai sekurang-kurangnya tahap CEFR C1 dalam tempoh kontrak bagi tujuan pelantikan ke Kontrak (Interim);

    3. Graduan Pendidikan pelbagai bidang dengan tahap CEFR C1:
      layak dipertimbang pelantikan secara Kontrak (Interim); atau

    4. Graduan pelbagai bidang dengan Diploma Bahasa Inggeris serta memiliki tahap CEFR B2:
      layak dipertimbang pelantikan secara lantikan Contract of Service (COS) dengan syarat calon wajib mencapai sekurang-kurangnya tahap CEFR C1 dalam tempoh kontrak bagi tujuan pelantikan ke Kontrak (Interim).


  2. GRADUAN YANG TIDAK LAYAK MEMOHON
    Graduan dalam kategori berikut tidak layak memohon:
    1. Graduan yang memperoleh keputusan senat universiti selepas 20 Mac 2026;

    2. Graduan Pendidikan Tajaan KPM;

    3. Guru Interim;

    4. Guru Kontrak (Lantikan SPP dan KPM);

    5. Sedang dalam proses siasatan/menjalani hukuman tatatertib

    6. Pernah ditamatkan atau dibuang kerja dari Perkhidmatan Awam; atau

    7. Seorang bankrap.

  3. CARA MENGEMUKAKAN PERMOHONAN
    1. Graduan Pendidikan yang memenuhi syarat dikehendaki memohon atau mengemas kini maklumat permohonan melalui Sistem Pengambilan Anggota Perkhidmatan Pendidikan (mySPP) (https://myspp.spp.gov.my/) bermula 2 Mac 2026 hingga 20 Mac 2026. 

    2. Graduan Pendidikan diingatkan untuk memastikan maklumat yang diisi atau dikemas kini di dalam mySPP adalah tepat. Sebarang kesilapan dalam mengisi atau mengemas kini maklumat akan menjejaskan peluang untuk dipanggil temu duga.

    3. Hanya Graduan Pendidikan yang memohon atau mengemas kini permohonan dalam tempoh 2 Mac 2026 hingga 20 Mac 2026 akan dipertimbang untuk ditemu duga.

    4. Graduan Pendidikan TIDAK DIBENARKAN untuk mengemas kini permohonan daripada tarikh tutup hebahan bermula 21 Mac 2026 hingga 21 April 2026.

  4. MAKLUMAT DAN PERHATIAN
    1. Graduan yang berjaya temu duga dan ditawarkan jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG9 hendaklah bersetuju dan patuh dengan syarat-syarat di dalam surat tawaran serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa dan bersedia untuk berkhidmat di mana-mana sekolah sama ada di kawasan bandar atau pedalaman.

    2. Panggilan temu duga adalah tertakluk kepada kekosongan opsyen mata pelajaran semasa yang ditetapkan oleh KPM.

    3. SPP berhak menawarkan temu duga bagi bidang pengkhususan yang berlainan dengan bidang calon mengikut keperluan KPM.
  5. PENGIKTIRAFAN KELAYAKAN
    1. Graduan perlu mendapatkan surat pengiktirafan ijazah daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) untuk dibawa semasa menghadiri temu duga. Ini bertujuan bagi pengesahan penarafan bidang pendidikan.

    2. Graduan boleh menyemak taraf kelayakan pendidikan di pautan berikut:
      1. https://www2.mqa.gov.my/esisraf/kelayakan; atau
      2. https://www2.mqa.gov.my/mqr/

    3. Bagi graduan yang memiliki ijazah daripada institusi luar negara, dokumen pengiktirafan individu daripada MQA hendaklah diperoleh dan dikemukakan semasa hadir ke sesi temu duga.

  6. TARIKH TUTUP PERMOHONAN
    20 Mac 2026 (Jumaat)