Alat Kebolehcapaian

 
webmel

Keputusan Temu Duga COS

Hebahan Keputusan Temu Duga Graduan Bukan Pendidikan ke jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG9 secara Contract of Service (COS) Tahun 2025 bagi calon-calon yang telah ditemu duga pada 27 Januari hingga 10 Februari 2026 di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

Calon boleh membuat semakan keputusan temu duga di SINI.

TINDAKAN CALON SELANJUTNYA:

  1. Muat Turun Surat Tawaran: Calon hendaklah memuat turun dan mencetak Surat Tawaran Pelantikan berserta Pakej Setuju Terima Tawaran (PSTT) selewat-lewatnya pada 24 Julai 2026 (Jumaat). Pautan untuk memuat turun dokumen ini hanya akan aktif dalam tempoh dua (2) minggu daripada tarikh pengumuman rasmi ini dikeluarkan.

  2. Pemeriksaan Perubatan: Calon dikehendaki memuat naik Lampiran UP.1.3.10(A) Borang Pemeriksaan Perubatan (Borang Pin. 1/2013) yang telah dilengkapkan oleh pengamal perubatan berdaftar (kerajaan atau swasta) ke portal mySPP dalam tempoh empat belas (14) hari daripada tarikh surat tawaran, iaitu selewat-lewatnya pada 24 Julai 2026. Arahan muat naik borang pemeriksaan perubatan adalah seperti pautan berikut:

    Arahan Muat Naik Borang Pemeriksaan Perubatan

  3. Pembatalan Tawaran: Tawaran pelantikan ini akan terbatal secara automatik sekiranya calon gagal mengemukakan Borang Pemeriksaan Perubatan yang lengkap dalam tempoh yang telah ditetapkan.

  4. Urusan Penempatan: Calon dinasihatkan agar sentiasa merujuk Portal e-Graduan Kementerian Pendidikan  (KPM) di egraduan.moe.gov.my dari semasa ke semasa untuk sebarang maklumat terkini berkaitan urusan kemas kini data dan penempatan.

  5. Pertanyaan Lanjut: Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) SPP di spp.spab.gov.my atau dengan menghubungi talian telefon yang berikut:

Ibu Pejabat
03-8893 4019/4020

Sabah
088-488 521/ 522/ 523

Sarawak

082-537 011/015/017/018