Alat Kebolehcapaian

 
webmel

 

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) akan melaksanakan urusan temu duga pengambilan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG9 tahun 2026 di Semenanjung secara berperingkat bermula 12 Mei 2026 melibatkan Graduan Pendidikan yang telah memohon/ mengemas kini permohonan sepanjang tempoh iklan pada 2 Mac 2026 hingga 20 Mac 2026.

Urusan temu duga Siri Dua (II) di Semenanjung akan dilaksanakan seperti berikut:

OPSYEN

TARIKH TEMU DUGA

LOKASI

Bahasa Melayu 

9 – 11 Jun 2026

SPP, Putrajaya

Pendidikan Seni Visual

Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan

Pendidikan Khas

 

Sehubungan itu, calon boleh membuat semakan panggilan Temu Duga Siri Dua (II) di SINI .

Peringatan

Calon adalah diminta untuk menyemak syarat kelayakan jawatan di SINI sebelum menghadiri temu duga.

Sekiranya didapati calon mengemukakan maklumat palsu dan tidak memenuhi syarat seperti dalam iklan, SPP berhak untuk tidak menemu duga calon.

Keputusan Suruhanjaya adalah muktamad dan sebarang rayuan pertukaran lokasi atau opsyen temu duga adalah tidak akan dipertimbangkan.

Sebarang pertanyaan, calon boleh kemukakan melalui laman web spp.spab.gov.my atau menghubungi talian di bawah:

Bahagian Pengambilan Putrajaya (Temu Duga Semenanjung):