
Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) akan meneruskan urusan temu duga pengambilan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG9 tahun 2026 di Semenanjung secara berperingkat bermula 14 September 2026 melibatkan Graduan Pendidikan yang telah memohon/ mengemas kini permohonan sepanjang tempoh iklan pada 2 Mac 2026 hingga 20 Mac 2026.
Urusan temu duga Siri Empat (IV) di Semenanjung akan dilaksanakan seperti berikut:
|
OPSYEN |
TARIKH TEMU DUGA |
PILIHAN PUSAT TEMU DUGA |
LOKASI TEMU DUGA |
|
Sejarah |
14 dan 15 September 2026 |
Semua Pusat Temu Duga di Semenanjung |
SPP, Putrajaya |
|
Geografi |
Sehubungan itu, calon boleh membuat semakan panggilan Temu Duga Siri Empat (IV) di SINI.
Peringatan
Calon adalah diminta untuk menyemak syarat kelayakan jawatan di SINI sebelum menghadiri temu duga.
Sekiranya didapati calon mengemukakan maklumat palsu dan tidak memenuhi syarat seperti dalam iklan, SPP berhak untuk tidak menemu duga calon.
Keputusan Suruhanjaya adalah muktamad dan sebarang rayuan tidak akan dipertimbangkan.
Sebarang pertanyaan, calon boleh kemukakan melalui laman web spp.spab.gov.my atau menghubungi talian di bawah:
Bahagian Pengambilan Putrajaya (Temu Duga Semenanjung):