Alat Kebolehcapaian

 
webmel

Panggilan_IV_PPP_SPPQ.png

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) akan melaksanakan urusan temu duga pengambilan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG9 tahun 2026 di Sarawak bermula 30 Jun 2026 melibatkan Graduan Pendidikan yang telah memohon / mengemas kini permohonan sepanjang tempoh iklan pada 2 Mac 2026 hingga 20 Mac 2026.

Urusan temu duga di Sarawak akan dilaksanakan bagi opsyen seperti berikut:

WhatsApp_Image_2026-06-16_at_12.23.44_PM.jpeg


Sehubungan itu, calon boleh membuat semakan panggilan temu duga di SINI .

Peringatan

Calon adalah diminta untuk menyemak syarat kelayakan jawatan di SINI sebelum menghadiri temu duga.

Sekiranya didapati calon mengemukakan maklumat palsu dan tidak memenuhi syarat seperti dalam iklan, SPP berhak untuk tidak menemu duga calon.

Keputusan Suruhanjaya adalah muktamad dan sebarang rayuan pertukaran tarikh, lokasi atau opsyen temu duga adalah tidak akan dipertimbangkan.

Sebarang pertanyaan, calon boleh kemukakan melalui laman web spp.spab.gov.my atau menghubungi talian di bawah:

contact_number_SPPQ_q.png