
Keputusan temu duga calon Guru Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) ke jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG9 Tahun 2026 yang telah dilaksanakan pada 03 Mac 2026 hingga 05 Mac 2026 di Sabah kini boleh membuat semakan di SINI.
TINDAKAN CALON SELANJUTNYA:
1. Cetakan Surat Tawaran & Pakej Setuju Terima Tawaran (PSTT)
Calon yang berjaya perlu mencetak Surat Tawaran Pelantikan dan Pakej Setuju Terima Tawaran (PSTT) selewat-lewatnya pada 21 April 2026 (Selasa). Hebahan keputusan hanya dipaparkan selama dua (2) minggu dari tarikh pengumuman ini.
2. Pengemukaan Borang Pemeriksaan Perubatan
Calon dikehendaki mengemukakan Borang Pemeriksaan Perubatan (Borang Pin.1/2013) yang telah lengkap diisi oleh pengamal perubatan berdaftar (pegawai perubatan kerajaan atau swasta) dalam tempoh 14 hari dari tarikh surat tawaran, iaitu selewat-lewatnya pada 21 April 2026 (Selasa), melalui portal mySPP. Berikut adalah arahan muat naik borang pemeriksaan perubatan:
3. Kegagalan Mengemukakan Borang Perubatan
Tawaran pelantikan ini akan terbatal secara automatik sekiranya Borang Pemeriksaan Perubatan tidak lengkap atau gagal dikemukakan dalam tempoh yang ditetapkan.
4. Urusan Penempatan
Calon disarankan untuk sentiasa merujuk Portal e-Graduan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di egraduan.moe.gov.my dari semasa ke semasa bagi mendapatkan maklumat terkini berkaitan urusan kemas kini data dan penempatan.
Untuk pertanyaan, sila hubungi:
|
SPP |
NO. TELEON |
E-MEL |
|
SPP USC SABAH |
088 - 488 521 / 522 / 523 |
|