Alat Kebolehcapaian

 
webmel

Hebahan_Panggilan_TD_DH9_2026_USCS.png

Merujuk kepada iklan pada 21 Ogos 2026, Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) Urus Setia Cawangan Sabah akan melaksanakan urusan temu duga bagi jawatan Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT) Gred DH9 lantikan secara kontrak (Interim) di Sabah tahun 2026 pada 25 September 2026 (Jumaat).

Calon boleh membuat semakan panggilan temu duga melalui pautan di SINI.

Bagi calon yang menerima paparan mesej ‘Maaf! Anda tidak tersenarai untuk temu duga ini.’, ia bermaksud calon tidak melepasi tapisan dan tidak disenaraikan untuk panggilan temu duga.

PERHATIAN

1.        Calon yang memiliki Sijil Kompetensi / Sijil Profesional diwajibkan membawa sijil asal beserta salinan semasa menghadiri sesi temu duga.

2.        Calon yang memiliki pengalaman kerja diingatkan untuk melengkapkan ruangan ‘Pengalaman Kerja’ pada Borang Maklumat Calon yang dilampirkan.

 PERINGATAN!!

Calon yang didapati mengemukakan maklumat palsu atau tidak memenuhi syarat seperti dinyatakan dalam iklan, Suruhanjaya berhak untuk tidak menemu duga calon.

Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan dengan menghubungi talian telefon dan e-mel berikut:

USC Sabah Contact Details

Harap maklum bahawa keputusan Suruhanjaya adalah muktamad. Sebarang bentuk rayuan atau surat-menyurat mengenai perkara ini tidak akan dilayan.