
Keputusan temu duga calon Guru Contract of Service (CoS) Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) ke jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG9 Tahun 2025 yang telah ditemu duga pada 28 Oktober 2025 hingga 31 Oktober 2025 kini boleh membuat semakan di SINI.
TINDAKAN CALON SELANJUTNYA:
1. Cetakan Surat Tawaran & Pakej Setuju Terima Tawaran (PSTT)
Calon yang berjaya perlu mencetak Surat Tawaran Pelantikan dan Pakej Setuju Terima Tawaran (PSTT) selewat-lewatnya pada 4 Februari 2026 (Rabu). Hebahan keputusan hanya dipaparkan selama dua (2) minggu dari tarikh pengumuman ini.
2. Pengemukaan Borang Pemeriksaan Perubatan
Calon perlu mengemukakan Borang Pemeriksaan Perubatan (Borang Pin.1/2013) yang telah dilengkapkan oleh pengamal perubatan berdaftar (pegawai perubatan Kerajaan / swasta) dalam tempoh 14 hari dari tarikh surat tawaran, iaitu selewat-lewatnya pada 4 Februari 2026 (Rabu), melalui portal mySPP. Berikut adalah arahan muat naik borang pemeriksaan perubatan:
3. Kegagalan Mengemukakan Borang Perubatan
Tawaran pelantikan ini akan TERBATAL secara automatik sekiranya Borang Pemeriksaan Perubatan tidak lengkap atau tidak dikemukakan dalam tempoh yang ditetapkan.
4. Urusan Penempatan
Calon adalah dinasihatkan supaya sentiasa merujuk Portal e-Graduan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di egraduan.moe.gov.my dari semasa ke semasa bagi mendapatkan maklumat terkini berkaitan urusan kemas kini data dan penempatan.
Untuk pertanyaan, sila hubungi:
|
SPP |
NO. TELEON |
E-MEL |
|
SPP USC SABAH |
088 - 488 521 / 522 / 523 |
|