
Merujuk kepada iklan jawatan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) Gred 1 yang telah diiklankan pada 6 April 2026 yang lalu, Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan Urus Setia Cawangan Sabah dengan ini memaklumkan bahawa urusan temu duga bagi jawatan tersebut akan diteruskan secara berperingkat, dan akan dilaksanakan seterusnya bagi Zon Kudat pada 9 Julai 2026.
Sehubungan dengan itu, calon temu duga AKP Gred 1 bagi Zon Kudat boleh membuat semakan panggilan temu duga di SINI.
Bagi calon yang menerima keputusan ‘Maaf! Maklumat anda tiada dalam urusan ini.’, ini bermaksud calon tidak disenaraikan untuk panggilan temu duga bagi zon berkenaan.
PERHATIAN!!
Calon-calon diwajibkan untuk memastikan salinan Kad Pengenalan dan salinan Sijil Lahir telah disahkan benar oleh Pegawai Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sebelum menghadiri sesi temu duga.
PERINGATAN!!
1. Keputusan Suruhanjaya adalah muktamad dan sebarang rayuan tidak akan dipertimbangkan.
2. Sekiranya calon didapati mengemukakan maklumat palsu atau tidak memenuhi syarat seperti yang dinyatakan dalam iklan, Suruhanjaya berhak untuk tidak menemu duga calon berkenaan.
Sebarang pertanyaan, calon boleh kemukakan melalui laman web spp.spab.gov.my atau menghubungi talian seperti berikut:
|
SPP USC SABAH |
NO. TELEFON |
EMEL |
|
Urus Setia Cawangan Sabah |
088 - 488 521 / 522 / 523 |
|