Alat Kebolehcapaian

 
webmel

akp_keningau.png

Merujuk kepada iklan jawatan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) Gred 1 yang telah diiklankan pada  6 April 2026 yang lalu, Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan, Urus Setia Cawangan Sabah akan meneruskan pelaksanaan temu duga di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan secara berperingkat. Pelaksanaan siri temu duga seterusnya adalah seperti berikut:

Siri

Tarikh

Zon

Tempat

V

23-24 Julai 2026

Keningau

Institut Pendidikan Guru Keningau

VI

28 Julai 2026

Tawau

Institut Pendidikan Guru Tawau

VII

30 Julai 2026

Lahad Datu

Pusat Kegiatan Guru,

SK Lahad Datu II,

Zon-zon selain yang dinyatakan di atas tidak termasuk dalam panggilan temu duga ini. Sehubungan dengan itu, calon boleh membuat semakan panggilan temu duga bagi Zon V, Zon VI dan Zon VII di SINI.

Bagi calon yang menerima keputusan ‘Maaf! Maklumat anda tiada dalam urusan ini.’, ini bermaksud calon tidak disenaraikan untuk panggilan temu duga bagi zon berkenaan.

PERHATIAN

Calon-calon diwajibkan untuk memastikan salinan Kad Pengenalan dan salinan Sijil Lahir telah disahkan benar oleh Pegawai Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sebelum menghadiri sesi temu duga.

PERINGATAN

Keputusan Suruhanjaya adalah muktamad dan sebarang rayuan tidak akan dipertimbangkan.

Sekiranya calon didapati mengemukakan maklumat palsu atau tidak memenuhi syarat seperti yang dinyatakan dalam iklan, Suruhanjaya berhak untuk tidak menemu duga calon berkenaan.

Sebarang pertanyaan, calon boleh kemukakan melalui laman web spp.spab.gov.my atau menghubungi talian seperti berikut:

SPP

NO TELEFON

EMEL

SPP USC SABAH

088 - 488 521 / 522 / 523

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.