Alat Kebolehcapaian

 
webmel

Pelantikan Calon Simpan AKP

Tawaran pelantikan calon simpanan ke jawatan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) bagi calon-calon yang ditemu duga di Semenanjung pada tahun 2024 boleh disemak di SINI.

TINDAKAN CALON SELANJUTNYA:

  1. Calon-calon yang berjaya hendaklah mencetak Surat Tawaran Pelantikan dan Pakej Setuju Terima Tawaran (PSTT) sebelum 1 Ogos 2025 kerana makluman keputusan ini akan dipaparkan selama dua (2) minggu sahaja mulai daripada tarikh pengumuman ini dikeluarkan.
  1. Calon-calon mestilah mengemukakan Borang Pemeriksaan Perubatan Untuk Pelantikan Ke Dalam Perkhidmatan Awam (Borang Pin.1/2013) yang telah dilengkapkan oleh Pengamal Perubatan Berdaftar (pegawai perubatan kerajaan/ swasta) kepada Suruhanjaya ini dalam tempoh 14 hari dari tarikh surat tawaran dikeluarkan iaitu selewat-lewatnya pada 1 Ogos 2025 melalui pautan berikut:
  1. Surat tawaran pelantikan ini TERBATAL sekiranya calon-calon GAGAL mengemukakan Borang Pemeriksaan Perubatan yang LENGKAP dalam tempoh yang ditetapkan.
  1. Calon-calon yang telah mengemukakan Borang Pemeriksaan Perubatan akan menerima Surat Arahan melapor diri/penempatan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tertakluk kepada pertimbangan Suruhanjaya ini.

Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan melalui laman SISPAA SPP (spp.spab.gov.my) atau menghubungi talian di bawah:

Contact Pengambilan