Alat Kebolehcapaian

 
webmel

White and Purple Gradient Teamwork Professional Presentation 2


Tawaran pelantikan calon simpanan bagi pengambilan khas negeri Sarawak ke jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG9 bagi calon-calon yang ditemu duga pada tahun 2024 boleh disemak di
 SINI.

 

TINDAKAN CALON SELANJUTNYA:

  1. Calon-calon yang berjaya hendaklah mencetak Surat Tawaran Pelantikan dan Pakej Setuju Terima Tawaran (PSTT) sebelum 29 Julai 2025 kerana makluman keputusan ini akan dipaparkan selama dua (2) minggu sahaja mulai daripada tarikh pengumuman ini dikeluarkan.
  1. Calon-calon mestilah mengemukakan Borang Pemeriksaan Perubatan Untuk Pelantikan Ke Dalam Perkhidmatan Awam (Borang Pin.1/2013) yang telah dilengkapkan oleh Pengamal Perubatan Berdaftar (pegawai perubatan kerajaan/ swasta) kepada Suruhanjaya ini dalam tempoh 14 hari dari tarikh surat tawaran dikeluarkan iaitu selewat-lewatnya pada 29 Julai 2025 melalui pautan berikut:
      1. Arahan Muat Naik Borang Pemeriksaan Perubatan

               b.  Borang Pemeriksaan Perubatan

  1. Calon – calon yang berstatus sedang berkhidmat kerajaan, dimohon mengemukakan salinan Buku Rekod Perkhidmatan beserta butiran diri (nama penuh dan No KP) kepada pihak urus setia dalam tempoh 14 hari dari tarikh surat tawaran dikeluarkan atau selewat-lewatnya 29 Julai 2025 bagi pengemaskinian status lantikan dengan menghantar salinan melalui emel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

  2. Surat tawaran pelantikan ini TERBATAL sekiranya calon-calon GAGAL mengemukakan Borang Pemeriksaan Perubatan yang LENGKAP dalam tempoh yang ditetapkan.
  1. Calon-calon yang telah mengemukakan Borang Pemeriksaan Perubatan akan menerima Surat Arahan melapor diri/penempatan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tertakluk kepada pertimbangan Suruhanjaya ini.
  1. Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan melalui laman SISPAA SPP (spp.spab.gov.my) atau menghubungi talian urus setia Sarawak di 082-537 011/015/017/018