TIDAK DIBENARKAN menggunakan maklumat ini untuk tujuan pengiklanan, pemasaran dan penjualan produk dan perkhidmatan serta menyebarkan maklumat tanpa kebenaran. |
---|
- Butiran
- Jumlah paparan: 223
Alat Kebolehcapaian
TIDAK DIBENARKAN menggunakan maklumat ini untuk tujuan pengiklanan, pemasaran dan penjualan produk dan perkhidmatan serta menyebarkan maklumat tanpa kebenaran. |
---|
Dasar e-Penyertaan ini bertujuan untuk memulakan budaya dan amalan e-Penyertaan demi meningkatkan ketelusan dan penyertaan awam dalam mempertingkatkan mutu perkhidmatan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP). SPP sentiasa mengiktiraf penglibatan awam bagi membolehkan Jabatan untuk meneroka perspektif yang lebih luas, sumber maklumat, dan penyelesaian yang berpotensi untuk meningkatkan keputusan dan perkhidmatan. Ia juga menyediakan asas bagi hubungan produktif, dialog dan perbincangan yang lebih baik, dan tadbir urus yang teratur.
Objektif e-Penyertaan adalah untuk melibatkan rakyat dalam dasar pembangunan dan proses membuat keputusan melalui penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi. Oleh yang demikian, SPP amat mengalu-alukan penyertaan dengan mematuhi terma dan syarat penyertaan yang telah ditetapkan seperti berikut:
Sebarang pertanyaan boleh hubungi Hotline mySPP.
Sila salurkan pertanyaan atau aduan kepada SISPAA-SPP untuk bantuan selanjutnya.
PERMOHONAN JAWATAN | |||
---|---|---|---|
BIL | SOALAN | JAWAPAN | |
1. | Apakah jawatan yang boleh saya pohon di SPP? | a. | Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG5 dan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG9 untuk berkhidmat di sekolah-sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM); |
b. | Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT) Gred DH5 dan PPPT Gred DH9 untuk berkhidmat di Politeknik dan Kolej Komuniti di Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT); | ||
2. | Bilakah dan bagaimanakah saya boleh memohon jawatan tersebut? | Semua permohonan jawatan di bawah SPP boleh dilakukan sepanjang tahun. Permohonan boleh dikemukakan melalui Sistem mySPP di https://myspp.spp.gov.my | |
3. | Saya merupakan PPP Gred DG5, DG6 dan DG7 di bawah KPM yang memiliki kelayakan Ijazah Sarjana Muda. Bolehkah saya memohon untuk pelantikan ke jawatan PPP Gred DG9? | Selaras dengan pekeliling yang berkuat kuasa bagi pegawai yang sedang berkhidmat sebagai PPP Gred DG5, DG6 dan DG7 perlu mengemukakan permohonan untuk kenaikan pangkat ke PPP DG9 yang dikendalikan oleh pihak KPM. SPP hanya menguruskan pelantikan pertama dalam perkhidmatan sama ada ke jawatan PPP Gred DG5 atau PPP Gred DG9. | |
4. | Saya pernah meletak jawatan dalam perkhidmatan awam tetapi ingin berkhidmat semula. Bagaimanakah caranya untuk saya mengemukakan permohonan? | Seseorang yang telah meletakkan jawatan boleh dilantik semula ke dalam perkhidmatan awam. Permohonan boleh dibuat seperti permohonan calon biasa iaitu permohonan secara online di https://myspp.spp.gov.my | |
5. | Bilakah iklan jawatan kosong disiarkan? | SPP tidak mengiklankan kekosongan jawatan di akhbar mahupun media massa yang lain. SPP menyiarkan iklan sepanjang masa di portal kami dan permohonan boleh dibuka terus di https://myspp.spp.gov.my. Oleh itu, pemohon juga boleh menyemak maklumat yang dimaksudkan serta perkara lain berkaitan dengannya dan mereka boleh memohon jawatan yang diminati yang sesuai dengan kelayakan yang mereka miliki. Permohonan boleh dibuat pada bila-bila masa sepanjang tahun. Walau bagaimanapun, penerbitan iklan juga boleh dilakukan oleh SPP pada bila-bila masa mengikut kesesuaian berdasarkan keperluan urusan pengambilan jawatan tertentu. | |
6. | Perlukah saya menghantar biodata/maklumat peribadi (resume) untuk memohon jawatan ke SPP? | Tidak perlu. Pemohon hanya dikehendaki mengisi dengan teliti dan sempurna semua maklumat yang diperlukan dalam borang permohonan. Walau bagaimanapun, dokumen yang mengandungi maklumat tersebut serta dokumen lain yang berkaitan perlu dibawa pada hari temu duga. | |
7. | Mengapa saya perlu memperbaharui / mengemas kini permohonan/pendaftaran? | Setiap pendaftaran perlu diperbaharui/ dikemas kini walaupun pemohon tidak pernah dipanggil peperiksaan atau temu duga dalam tempoh satu (1) tahun. Ini membolehkan SPP mendapatkan serta menyimpan maklumat terkini pemohon yang benar-benar berminat di dalam bank data SPP. Selain itu ia juga mengelakkan pemohon terlepas peluang untuk dipertimbangkan panggilan temuduga disebabkan tempoh sah laku pendaftaran yang telah luput selepas tempoh satu (1) tahun. |
TEMU DUGA | |||
---|---|---|---|
BIL | SOALAN | JAWAPAN | |
1. | Bilakah saya akan dipanggil temu duga | a. | Bagi jawatan PPP, temu duga akan dilaksanakan sebaik sahaja maklumat kekosongan jawatan mengikut opsyen diterima daripada KPM. Pemakluman bagi urusan panggilan temu duga akan dibuat melalui portal SPP. Calon boleh menyemak status panggilan temu duga secara online di portal SPP. |
b. | Bagi calon AKP, temu duga akan dilaksanakan sebaik sahaja maklumat kekosongan jawatan diterima daripada KPM. Calon boleh menyemak status panggilan temu duga secara online di portal SPP dari masa ke masa. | ||
c. | Bagi calon PPPT , temu duga akan dilaksanakan sebaik sahaja maklumat kekosongan jawatan diterima daripada KPT. Panggilan temu duga bagi jawatan PPPT akan dibuat mengikut kekosongan bidang pengkhususan dan gred jawatan. Calon boleh menyemak status panggilan temu duga secara online di portal SPP dari masa ke masa. | ||
2. | Bolehkah saya menukar tempat temu duga? | a. | Pertukaran tempat temu duga dibenarkan kepada calon PPP yang telah bertukar daripada pusat temu duga yang dipilih sewaktu dipanggil temu duga dengan syarat terdapat temu duga bagi opsyen yang sama dilaksanakan di negeri calon berada sekarang. Walau bagaimanapun, calon dikehendaki memaklumkan terlebih dahulu kepada Suruhanjaya secara bertulis sebaik sahaja mengetahui pemakluman temu duga dan calon disyaratkan membawa dokumen berikut semasa hadir temu duga:
|
b. | Tidak boleh bagi jawatan PPPT dan AKP | ||
3. | Apa yang saya perlu lakukan sekiranya salah satu sijil asal hilang? | Calon dikehendaki mendapatkan semula sijil asal tersebut ataupun surat pengesahan dari pihak yang mengeluarkan. | |
4. | Apakah salinan fotostat sijil yang telah disahkan boleh diterima pakai menggantikan sijil asal yang hilang untuk urusan temu duga? | Tidak boleh, calon dikehendaki mendapatkan semula sijil asal tersebut ataupun surat pengesahan dari pihak yang mengeluarkan sijil tersebut. | |
5. | Apakah persediaan yang perlu saya buat untuk menghadiri temu duga? | Antara persediaan yang perlu dilakukan:
|
|
6. | Saya telah membuat permohonan di mySPP, Bilakah saya akan dipanggil temu duga? | Semua pemohon yang telah berdaftar di mySPP akan dipertimbangkan panggilan temu duga sekiranya:
Setiap pemohon boleh menyemak pendaftaran melalui pautan Semakan Status Pendaftaran di Portal SPP. |
|
7. | Kenapa saya tidak dipanggil temu duga? | Ada pelbagai sebab mengapa seseorang pemohon itu tidak dipanggil temu duga walaupun telah lama berdaftar di mySPP seperti:
|
|
8. | Berapa lamakah masa yang diambil untuk dipanggil temu duga selepas proses pendaftaran di mySPP? | Tiada tempoh yang ditetapkan bagi proses tersebut kerana selepas selesai proses pendaftaran, semua data permohonan akan disimpan di dalam Bank Data SPP. Proses tapisan hanya akan dijalankan setelah SPP menerima laporan pengisian kekosongan jawatan dari Kementerian. Pemohon yang melepasi tapisan semasa akan dipanggil oleh SPP bagi menghadiri ujian/ temu duga berdasarkan jawatan yang dipohon. |
PELANTIKAN | |||
---|---|---|---|
BIL | SOALAN | JAWAPAN | |
1. | Bilakah surat tawaran pelantikan akan dikeluarkan sekiranya saya berjaya dalam sesi temu duga? | a. | Bagi calon yang berjaya, pemakluman keputusan temu duga akan dimaklumkan dalam portal SPP dan calon adalah dikehendaki untuk mencetak sendiri surat tawaran pelantikan tersebut dalam tempoh 6 minggu dari tarikh surat tawaran dikeluarkan. Surat arahan lapor diri dan penempatan akan dikeluarkan oleh Kementerian. |
2. | Sekiranya saya gagal dalam temu duga, apakah yang perlu saya lakukan? | a. | Bagi jawatan PPP, Suruhanjaya telah menetapkan tatacara baharu bagi semua kategori calon yang gagal temu duga seperti yang berikut:
Tempoh enam bulan yang diberikan oleh Suruhanjaya untuk memohon semula bertujuan memberi peluang kepada calon memperbaiki kelemahan diri. |
b. | Bagi jawatan PPPT dan AKP, calon boleh mengemaskini semula permohonan di https://myspp.spp.gov.my untuk memastikan permohonan jawatan masih aktif. |