Alat Kebolehcapaian

 
webmel

White and Purple Gradient Teamwork Professional Presentation 2

 

Tawaran pelantikan calon simpanan ke jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG9 bagi calon-calon yang ditemu duga pada tahun 2024 boleh disemak di SINI.

TINDAKAN CALON SELANJUTNYA:

  1. Calon-calon yang berjaya hendaklah mencetak Surat Tawaran Pelantikan dan Pakej Setuju Terima Tawaran (PSTT) sebelum 14 Julai 2025 kerana makluman keputusan ini akan dipaparkan selama dua (2) minggu sahaja mulai daripada tarikh pengumuman ini dikeluarkan.
  1. Calon-calon mestilah mengemukakan Borang Pemeriksaan Perubatan Untuk Pelantikan Ke Dalam Perkhidmatan Awam (Borang Pin.1/2013) yang telah dilengkapkan oleh Pengamal Perubatan Berdaftar (pegawai perubatan kerajaan/ swasta) kepada Suruhanjaya ini dalam tempoh 14 hari dari tarikh surat tawaran dikeluarkan iaitu selewat-lewatnya pada 14 Julai 2025 melalui pautan berikut:
    1. Arahan Muat Naik Borang Pemeriksaan Perubatan
    2. Borang Pemeriksaan Perubatan
  1. Surat tawaran pelantikan ini TERBATAL sekiranya calon-calon GAGAL mengemukakan Borang Pemeriksaan Perubatan yang LENGKAP dalam tempoh yang ditetapkan.
  1. Calon-calon yang telah mengemukakan Borang Pemeriksaan Perubatan akan menerima Surat Arahan melapor diri/penempatan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tertakluk kepada pertimbangan Suruhanjaya ini.
  1. Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan melalui laman SISPAA SPP (spp.spab.gov.my) atau menghubungi talian di bawah:

contact SPP