
Hebahan Tawaran Pelantikan Calon Simpanan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG9 Tahun 2025.
Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) dengan sukacitanya mengumumkan hebahan tawaran pelantikan Calon Simpanan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG9 Tahun 2025 bagi opsyen berikut:
| 1 | Pendidikan Islam |
| 2 | Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan |
| 3 | Matematik |
| 4 | Sains |
| 5 | Kimia |
| 6 | Biologi |
| 7 | Fizik |
| 8 | Prasekolah |
| 9 | Bimbingan Dan Kaunseling |
| 10 | Pendidikan Moral |
| 11 | Sejarah |
| 12 | Pemulihan |
| 13 | Penyediaan Makanan (PVMA) |
| 14 | Reka Cipta |
| 15 | Bahasa Arab |
| 16 | Geografi |
| 17 | Membuat Pakaian (PVMA) |
| 18 | Tanaman (PVMA) |
| 19 | Bahasa Tamil |
| 20 | Grafik Komunikasi Teknikal |
| 21 | Pendawaian Elektrik (PVMA) |
| 22 | Automotif (PVMA) |
| 23 | Bahasa Kadazandusun |
| 24 | Pengurusan Perniagaan |
| 25 | Akuakultur (PVMA) |
| 26 | Usuluddin |
| 27 | Teknologi Elektronik |
| 28 | Seni Kulinari |
| 29 | Rekabentuk Grafik Industri |
| 30 | Ekonomi |
| 31 | Senibina Landskap |
| 32 | Teknologi Elektrik |
| 33 | Teknologi Mekanisasi Agro |
| 34 | Bioteknologi |
| 35 | Akuakultur |
| 36 | Al Lughah Al'arabiah Al Mu'asirah |
| 37 | Al-Quran |
| 38 | Asas Sains Komputer |
| 39 | Pelancongan |
| 40 | Pertanian |
| 41 | Teknologi Pemprosesan Makanan |
| 42 | Teknologi Sistem Komputer & Rangkaian |
| 43 | (SJKC) Sains |
Calon yang terlibat dipelawa untuk menyemak status keputusan temu duga masing-masing melalui pautan rasmi SPP di sini.
Bagi calon-calon yang tidak tersenarai dalam hebahan ini, status calon adalah kekal sebagai Calon Simpanan.
TINDAKAN CALON SELANJUTNYA:
- Muat Turun Surat Tawaran: Calon hendaklah memuat turun dan mencetak Surat Tawaran Pelantikan berserta Pakej Setuju Terima Tawaran (PSTT) selewat-lewatnya pada 13 Julai 2026 (Isnin). Pautan untuk memuat turun dokumen ini hanya akan aktif dalam tempoh dua (2) minggu daripada tarikh pengumuman rasmi ini dikeluarkan.
- Pemeriksaan Perubatan: Calon dikehendaki memuat naik Lampiran UP.1.3.10(A) Borang Pemeriksaan Perubatan (Borang Pin. 1/2013) yang telah dilengkapkan oleh pengamal perubatan berdaftar (kerajaan atau swasta) ke portal mySPP dalam tempoh empat belas (14) hari daripada tarikh surat tawaran, iaitu selewat-lewatnya pada 13 Julai 2026. Arahan muat naik borang pemeriksaan perubatan adalah seperti pautan berikut:
Arahan Muat Naik Borang Pemeriksaan Perubatan - Pembatalan Tawaran: Tawaran pelantikan ini akan terbatal secara automatik sekiranya calon gagal mengemukakan Borang Pemeriksaan Perubatan yang lengkap dalam tempoh yang telah ditetapkan.
- Urusan Penempatan: Calon dinasihatkan agar sentiasa merujuk Portal e-Graduan Kementerian Pendidikan (KPM) di egraduan.moe.gov.my dari semasa ke semasa untuk sebarang maklumat terkini berkaitan urusan kemas kini data dan penempatan.
- Pertanyaan Lanjut: Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) SPP di spp.spab.gov.my atau dengan menghubungi talian telefon yang berikut:
Ibu Pejabat
03-8893 4019/4020
Sabah
088-488 521/ 522/ 523
Sarawak
082-537 011/015/017/018