Alat Kebolehcapaian

 
webmel

1.Poster Main Iklan AKP 2026

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) ingin mempelawa pemohon yang berminat untuk memohon jawatan sebagai Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) Gred 1 lantikan secara Kontrak (Interim) bagi mengisi kekosongan di Semenanjung Tahun 2026.

Pemohon yang berminat perlu mengemukakan permohonan atau pengemaskinian secara dalam talian melalui sistem mySPP.

Pemohon adalah diingatkan untuk meneliti syarat-syarat/maklumat berkaitan jawatan DI SINI sebelum membuat sebarang permohonan atau pengemaskinian. 


2.Maklumat kosong AKP 2026 Semenanjung

TARIKH TUTUP PERMOHONAN
 17 APRIL 2026 (JUMAAT)


PEMOHON DIINGATKAN AGAR
TIDAK MEMBUAT SEBARANG PENGEMASKINIAN DATA SELEPAS TARIKH TUTUP.

Peringatan:

  1. Pemohon diingatkan untuk membaca terlebih dahulu Panduan Pengguna mySPP dan memastikan maklumat yang diisi/ dikemas kini dalam mySPP adalah tepat. Sebarang kesilapan dalam mengisi atau mengemas kini maklumat akan menjejaskan peluang untuk dipanggil temu duga.
  2. Hanya pemohon yang memenuhi syarat dan melepasi tapisan sahaja akan dipertimbangkan untuk panggilan temu duga.

Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan melalui laman web spp.spab.gov.my atau menghubungi talian di bawah:

Contact Pengambilan