
Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) akan melaksanakan urusan temu duga bagi jawatan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) tahun 2026 di Semenanjung secara berperingkat bermula 6 Julai 2026 melibatkan calon yang telah memohon/ mengemas kini permohonan sepanjang tempoh iklan pada 3 April 2026 hingga 17 April 2026.
Urusan temu duga Siri Pertama dan Siri Kedua akan dilaksanakan seperti perincian berikut:
|
Siri |
Tarikh Temu Duga |
Pilihan Pusat Temu Duga (mySPP) |
Pusat Temu Duga |
|
1 |
6 & 7 Julai 2026 |
Selangor, WP Putrajaya & WP Kuala Lumpur |
Putrajaya |
|
2 |
14 -16 Julai 2026 |
Bagi lain-lain Pusat Temu Duga, jadual akan dihebahkan secara berperingkat dari semasa ke semasa. Sehubungan itu, calon boleh membuat semakan panggilan Temu Duga Siri Pertama dan Siri Kedua di SINI.
PERINGATAN
- Panggilan temu duga ini tertakluk kepada tapisan dan semakan ke atas maklumat yang dikemukakan oleh calon semasa membuat permohonan.
- Bagi calon yang menerima keputusan ‘Maaf! Anda tidak tersenarai untuk temu duga ini.’, bermaksud calon tidak disenaraikan untuk panggilan temu duga ini. Keputusan Suruhanjaya adalah muktamad dan sebarang rayuan tidak akan dipertimbangkan.
- Sekiranya calon didapati mengemukakan maklumat palsu dan tidak memenuhi syarat seperti dalam iklan, SPP berhak untuk tidak menemu duga calon.
Sebarang pertanyaan, calon boleh kemukakan melalui laman web spp.spab.gov.my atau menghubungi talian di bawah:
