Alat Kebolehcapaian

 
webmel

Panggilan AKP

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) akan meneruskan urusan temu duga bagi jawatan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) di Semenanjung tahun 2026 secara berperingkat bermula pada 6 Julai 2026 hingga 27 Ogos 2026 melibatkan calon yang telah memohon/ mengemas kini permohonan sepanjang tempoh iklan pada 3 April 2026 hingga 17 April 2026.

Urusan temu duga Siri Ketujuh hingga Siri Kesepuluh (Siri Akhir) akan dilaksanakan seperti perincian berikut:

Siri

Tarikh Temu Duga

Pilihan Pusat Temu Duga (mySPP)

Pusat Temu Duga

7

10 – 13 Ogos 2026

Johor

Johor

8

18 – 20 Ogos 2026

Pahang

Pahang

9

18 – 20 Ogos 2026

Perak

Perak

10

(Akhir)

26 – 27 Ogos 2026

Negeri Sembilan & Melaka

Putrajaya

Sehubungan itu, calon boleh membuat semakan panggilan Temu Duga Siri Ketujuh hingga Siri Kesepuluh (Siri Akhir) di SINI.

PERINGATAN

  1. Panggilan temu duga ini tertakluk kepada tapisan dan semakan ke atas maklumat yang dikemukakan oleh calon semasa membuat permohonan.
  1. Bagi calon yang menerima keputusan ‘Maaf! Anda tidak tersenarai untuk temu duga ini.’, bermaksud calon tidak disenaraikan untuk panggilan temu duga ini. Keputusan Suruhanjaya adalah muktamad dan sebarang rayuan tidak akan dipertimbangkan.
  1. Sekiranya calon didapati mengemukakan maklumat palsu dan tidak memenuhi syarat seperti dalam iklan, SPP berhak untuk tidak menemu duga calon.

Sebarang pertanyaan, calon boleh kemukakan melalui laman web spp.spab.gov.my atau menghubungi talian di bawah:


cntact pengambilan