
Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) akan meneruskan urusan temu duga bagi jawatan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) di Semenanjung tahun 2026 secara berperingkat bermula 6 Julai 2026 melibatkan calon yang telah memohon/ mengemas kini permohonan sepanjang tempoh iklan pada 3 April 2026 hingga 17 April 2026.
Urusan temu duga Siri Ketiga hingga Siri Keenam akan dilaksanakan seperti perincian berikut:
|
Siri |
Tarikh Temu Duga |
Pilihan Pusat Temu Duga (mySPP) |
Pusat Temu Duga |
|
3 |
21 - 23 Julai 2026 |
Pulau Pinang |
Pulau Pinang |
|
4 |
21 - 23 Julai 2026 |
Terengganu |
Terengganu |
|
5 |
28 – 30 Julai 2026 |
Kedah & Perlis |
Kedah |
|
6 |
4 – 6 Ogos 2026 |
Kelantan |
Kelantan |
Bagi lain-lain Pusat Temu Duga, jadual akan dihebahkan secara berperingkat dari semasa ke semasa. Sehubungan itu, calon boleh membuat semakan panggilan Temu Duga Siri Ketiga hingga Siri Keenam di SINI.
PERINGATAN
- Panggilan temu duga ini tertakluk kepada tapisan dan semakan ke atas maklumat yang dikemukakan oleh calon semasa membuat permohonan.
- Bagi calon yang menerima keputusan ‘Maaf! Anda tidak tersenarai untuk temu duga ini.’, bermaksud calon tidak disenaraikan untuk panggilan temu duga ini. Keputusan Suruhanjaya adalah muktamad dan sebarang rayuan tidak akan dipertimbangkan.
- Sekiranya calon didapati mengemukakan maklumat palsu dan tidak memenuhi syarat seperti dalam iklan, SPP berhak untuk tidak menemu duga calon.
Sebarang pertanyaan, calon boleh kemukakan melalui laman web spp.spab.gov.my atau menghubungi talian di bawah:
