Alat Kebolehcapaian

 
webmel

Blue and White Bold English Broadcast Journalism Presentation

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) akan meneruskan urusan temu duga pengambilan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG9 tahun 2026 di Semenanjung secara berperingkat bermula 14 September 2026 melibatkan Graduan Pendidikan Pasaran Terbuka yang telah memohon/ mengemas kini permohonan sepanjang tempoh iklan pada 2 Mac 2026 hingga 20 Mac 2026.

Urusan temu duga Siri Tujuh (VII) di Semenanjung akan dilaksanakan seperti berikut:

OPSYEN

TARIKH TEMU DUGA

PILIHAN PUSAT TEMU DUGA

LOKASI TEMU DUGA

Bahasa Cina

14 dan 15 Oktober 2026

Semua Pusat Temu Duga di Semenanjung

SPP, Putrajaya

Pendidikan Muzik

Al-Quran

Syariah

Bahasa Tamil

Bahasa Jepun

Bahasa Arab

Bahasa Jerman

SJKC Pendidikan Muzik

SJKC Prasekolah

SJKT Prasekolah

Prasekolah (PERMATA)

Sehubungan itu, calon boleh membuat semakan panggilan Temu Duga Siri Tujuh (VI) di SINI.

Peringatan

Calon adalah diminta untuk menyemak syarat kelayakan jawatan di SINI sebelum menghadiri temu duga.

Sekiranya didapati calon mengemukakan maklumat palsu dan tidak memenuhi syarat seperti dalam iklan, SPP berhak untuk tidak menemu duga calon.

Keputusan Suruhanjaya adalah muktamad dan sebarang rayuan pertukaran opsyen, lokasi atau tarikh temu duga tidak akan dipertimbangkan.

Sebarang pertanyaan, calon boleh kemukakan melalui laman web spp.spab.gov.my atau menghubungi talian di bawah:

Bahagian Pengambilan Putrajaya (Temu Duga Semenanjung):

cntact pengambilan