
Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) akan melaksanakan urusan temu duga pengambilan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG9 tahun 2026 di Semenanjung secara berperingkat bermula 12 Mei 2026 melibatkan Graduan Pendidikan yang telah memohon/ mengemas kini permohonan sepanjang tempoh iklan pada 2 Mac 2026 hingga 20 Mac 2026.
Urusan temu duga Siri Tiga (III) di Semenanjung akan dilaksanakan seperti berikut:
|
OPSYEN |
TARIKH TEMU DUGA |
LOKASI |
|
Pendidikan Khas |
24 dan 25 Jun 2026 |
SPP, Putrajaya |
Sehubungan itu, calon boleh membuat semakan panggilan Temu Duga Siri Tiga (III) di SINI .
Peringatan
Calon adalah diminta untuk menyemak syarat kelayakan jawatan di SINI sebelum menghadiri temu duga.
Sekiranya didapati calon mengemukakan maklumat palsu dan tidak memenuhi syarat seperti dalam iklan, SPP berhak untuk tidak menemu duga calon.
Keputusan Suruhanjaya adalah muktamad dan sebarang rayuan pertukaran tarikh, lokasi atau opsyen temu duga adalah tidak akan dipertimbangkan.
Sebarang pertanyaan, calon boleh kemukakan melalui laman web spp.spab.gov.my atau menghubungi talian di bawah:
Bahagian Pengambilan Putrajaya (Temu Duga Semenanjung):