
Hebahan Keputusan Temu Duga Jawatan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) Gred 1 Tahun 2026 bagi calon-calon yang telah ditemu duga di Semenanjung pada 6 Julai hingga 27 Ogos 2026.
Calon-calon boleh membuat semakan keputusan temu duga di SINI.
TINDAKAN CALON SELANJUTNYA:
- Muat Turun Surat Tawaran: Calon hendaklah memuat turun dan mencetak Surat Tawaran Pelantikan berserta Pakej Setuju Terima Tawaran (PSTT) selewat-lewatnya pada 29 Oktober 2026 (Khamis). Pautan untuk memuat turun dokumen ini hanya akan aktif dalam tempoh dua (2) minggu daripada tarikh pengumuman rasmi ini dikeluarkan.
- Pemeriksaan Perubatan: Calon dikehendaki memuat naik Borang Pemeriksaan Perubatan (Borang Pin. 1/2013) yang telah dilengkapkan oleh pengamal perubatan berdaftar (kerajaan atau swasta) ke portal mySPP dalam tempoh empat belas (14) hari daripada tarikh surat tawaran, iaitu selewat-lewatnya pada 29 Oktober 2026. Arahan muat naik borang pemeriksaan perubatan adalah seperti pautan berikut:
Arahan Muat Naik Borang Pemeriksaan Perubatan.
- Pembatalan Tawaran: Tawaran pelantikan ini akan TERBATAL SECARA AUTOMATIK sekiranya calon gagal mengemukakan Borang Pemeriksaan Perubatan yang LENGKAP dalam tempoh yang telah ditetapkan.
- Surat Arahan melapor diri/penempatan akan dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan (KPM) kepada calon-calon yang berjaya.
Sebarang pertanyaan, calon boleh kemukakan melalui laman web spp.spab.gov.my atau menghubungi talian di bawah:
