Alat Kebolehcapaian

 
webmel

sabk_sabah_3.jpg

Hebahan Keputusan Temu Duga calon Guru Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) ke jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG9 Tahun 2026 yang telah ditemu duga di Sabah pada 22 dan 24 September 2026.

Calon-calon boleh membuat semakan keputusan temu duga di SINI.

TINDAKAN CALON SELANJUTNYA:

1. Mencetak Surat Tawaran dan PSTT

Calon-calon yang berjaya hendaklah mencetak Surat Tawaran Pelantikan dan Pakej Setuju Terima Tawaran (PSTT) selewat-lewatnya pada 11 November 2026 kerana makluman keputusan ini akan dipaparkan selama dua (2) minggu sahaja mulai tarikh pengumuman ini dikeluarkan.

2. Mengemukakan Borang Pemeriksaan Perubatan

Calon-calon mestilah mengemukakan Borang Pemeriksaan Perubatan (Borang Pin.1/2013) yang telah dilengkapkan oleh Pengamal Perubatan Berdaftar (pegawai perubatan kerajaan/swasta) kepada Suruhanjaya ini dalam tempoh 14 hari dari tarikh surat tawaran dikeluarkan, iaitu selewat-lewatnya pada 11 November 2026 melalui portal mySPP. Berikut ialah arahan muat naik borang pemeriksaan perubatan:

Arahan Muat Naik Borang Pemeriksaan Perubatan

3. Pembatalan Pelantikan

Tawaran pelantikan ini akan TERBATAL SECARA AUTOMATIK sekiranya calon gagal mengemukakan Borang Pemeriksaan Perubatan yang LENGKAP dalam tempoh yang telah ditetapkan.

4. Surat Penempatan

Surat Arahan melapor diri / penempatan akan dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) kepada calon-calon yang berjaya.

Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan melalui dengan menghubungi talian telefon dan e-mel yang berikut:

 Sabah_Contact_Details_2026.png

Harap maklum bahawa keputusan Suruhanjaya adalah muktamad. Sebarang bentuk rayuan atau surat-menyurat mengenai perkara ini tidak akan dilayan.