Alat Kebolehcapaian

 
webmel

 baru_akp.jpg

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) Urus Setia Sabah akan melaksanakan urusan temu duga pengambilan Anggota Kumpulan Pelaksana AKP Gred 1  Tahun 2026 di Sabah secara berperingkat bermula dengan Zon Kota Kinabalu pada 29 hingga 30 Jun 2026.

Sehubungan dengan itu, calon boleh membuat semakan panggilan temu duga di SINI.

Bagi calon yang menerima keputusan Maaf! Maklumat anda tiada dalam urusan ini., bermaksud calon tidak disenaraikan untuk panggilan temu duga bagi ZON ini.

PERHATIAN!!

Calon-calon diwajibkan untuk memastikan Salinan Kad Pengenalan dan salinan Sijil Lahir telah dicop sah benar oleh Pegawai Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sebelum menghadiri temu duga.

 PERINGATAN!!

1. Keputusan Suruhanjaya adalah muktamad dan sebarang rayuan tidak akan dipertimbangkan.

2. Sekiranya calon didapati mengemukakan maklumat palsu dan tidak memenuhi syarat seperti dalam iklan, Suruhanjaya berhak untuk tidak menemu duga calon.

Sebarang pertanyaan, tuan/puan boleh kemukakan melalui laman web spp.spab.gov.my atau menghubungi talian di bawah:

SPP USC SABAH

NO TELEFON

EMEL

088 - 488 521 / 522 / 523

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.