Alat Kebolehcapaian

 
webmel

AKP_Labuan_Sdkn.jpg

Merujuk kepada iklan jawatan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) Gred 1 yang telah diiklankan pada 6 April 2026 yang lalu, Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan, Urus Setia Cawangan Sabah akan meneruskan pelaksanaan temu duga secara berperingkat. Pelaksanaan siri temu duga seterusnya adalah seperti berikut:

Siri

Zon

Tarikh

III

Wilayah Persekutuan Labuan

13 Julai 2026

IV

Sandakan

15-16 Julai 2026

Bagi lain-lain zon, jadual akan dihebahkan secara berperingkat dari semasa ke semasa.  Sehubungan dengan itu, calon boleh membuat semakan  panggilan temu duga bagi Zon III dan Zon IV di SINI.

Bagi calon yang menerima keputusan ‘Maaf! Maklumat anda tiada dalam urusan ini.’, ini bermaksud calon tidak disenaraikan untuk panggilan temu duga bagi zon berkenaan.

PERHATIAN

Calon-calon diwajibkan untuk memastikan salinan Kad Pengenalan dan salinan Sijil Lahir telah disahkan benar oleh Pegawai Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sebelum menghadiri sesi temu duga.

PERINGATAN

  1. Keputusan Suruhanjaya adalah muktamad dan sebarang rayuan tidak akan dipertimbangkan.
  2. Sekiranya calon didapati mengemukakan maklumat palsu atau tidak memenuhi syarat seperti yang dinyatakan dalam iklan, Suruhanjaya berhak untuk tidak menemu duga calon berkenaan.

Sebarang pertanyaan, calon boleh kemukakan melalui laman web spp.spab.gov.my atau menghubungi talian seperti berikut:

SPP

NO TELEFON

EMEL

SPP USC SABAH

088 - 488 521 / 522 / 523

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.