Hebahan Keputusan Temu Duga Calon Kementerian Pendidikan (KPM) Ke Jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG9 2025 Bagi Calon-calon Yang Telah Ditemu Duga Pada 11 Jun 2025 hingga 17 Julai 2025 seperti berikut:
- Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Tamat 2025;
- Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Tamat 2024;
- Program Pelajar Cemerlang (PPC);
- Contract of Service (CoS) Sekolah Seni;
- Contract of Service (CoS) Fasa 1 Tahun 2020;
- Contract of Service (CoS) One-Off Tahun 2022; dan
- Guru Contract of Service (CoS) Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK).
Calon boleh membuat semakan keputusan temu duga di SINI.
TINDAKAN CALON SELANJUTNYA:
- Muat Turun Surat Tawaran:
Calon-calon yang berjaya hendaklah mencetak Surat Tawaran Lantikan dan Pakej Setuju Terima Tawaran (PSTT) sebelum 5 September 2025. Calon-calon hendaklah mencetak SURAT TAWARAN dan dokumen-dokumen yang dilampirkan dengan segera kerana makluman keputusan ini akan dipaparkan selama 2 (dua) minggu sahaja mulai daripada tarikh pengumuman ini dikeluarkan.
- Pemeriksaan Perubatan:
Calon-calon mestilah mengemukakan Borang Pemeriksaan Perubatan Untuk Pelantikan Ke Dalam Perkhidmatan Awam (Borang Pin.1/2013) yang telah dilengkapkan oleh Pengamal Perubatan Berdaftar (pegawai perubatan kerajaan/ swasta) kepada Suruhanjaya ini dalam tempoh 10 hari dari tarikh surat tawaran ini dikeluarkan iaitu selewat-lewatnya pada 5 September 2025 melalui pautan berikut:
- Pembatalan Tawaran:
Surat tawaran pelantikan ini TERBATAL sekiranya calon-calon GAGAL mengemukakan Borang Pemeriksaan Perubatan yang telah dilengkapkan dalam tempoh yang ditetapkan.
- Urusan Penempatan:
Calon-calon yang berjaya dimohon merujuk kepada Portal e-Graduan KPM di egraduan.moe.gov.my dari semasa ke semasa bagi urusan kemas kini maklumat graduan dan penempatan.
- Pertanyaan Lanjut:
Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) SPP di spp.spab.gov.my atau dengan menghubungi talian telefon yang berikut:
Semakan boleh dibuat pada waktu seperti berikut: