Alat Kebolehcapaian

 
webmel

PPP GRED DG41 1

Hebahan Keputusan Temu Duga Calon Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Ke Jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG9 Tahun 2025 Bagi Calon-calon Yang Telah Ditemu Duga Pada 13, 14 dan 19 Februari 2025 seperti berikut:

  1. Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) (Pentaksiran Khas/ Ulangan);
  2. Graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) - Perakuan Semula
  3. PISMP (Perakuan Semula KPM);
  4. Program Pelajar Cemerlang (PPC);
  5. Program Kembar Praperkhidmatan;
  6. Contract of Service (CoS) Fasa 1 Tahun 2020;
  7. Contract of Service (CoS) One-Off Tahun 2022;
  8. Guru Contract of Service (CoS) Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK);
  9. Guru Interim Tahfiz Tahun 2018; dan
  10. Skim Latihan Tenaga Pengajar Program Matrikulasi (SLTPPM).

Calon boleh membuat semakan keputusan temu duga di SINI.

TINDAKAN CALON SELANJUTNYA:

Calon-calon yang berjaya hendaklah mencetak Surat Tawaran Lantikan dan Pakej Setuju Terima Tawaran (PSTT) sebelum 2 Mei 2025. Calon-calon hendaklah mencetak SURAT TAWARAN dan dokumen-dokumen yang dilampirkan dengan segera kerana makluman keputusan ini akan dipaparkan selama dua (2) minggu sahaja mulai daripada tarikh pengumuman ini dikeluarkan.

Calon-calon mestilah mengemukakan Borang Pemeriksaan Perubatan Untuk Pelantikan Ke Dalam Perkhidmatan Awam (Borang Pin.1/2013) yang telah dilengkapkan oleh Pengamal Perubatan Berdaftar (pegawai perubatan kerajaan/ swasta) kepada Suruhanjaya ini dalam tempoh 14 hari dari tarikh surat tawaran ini dikeluarkan iaitu selewat-lewatnya pada 2 Mei 2025 melalui pautan berikut:

Surat tawaran pelantikan ini TERBATAL sekiranya calon-calon GAGAL mengemukakan Borang Pemeriksaan Perubatan yang telah dilengkapkan dalam tempoh yang ditetapkan.

Calon-calon yang berjaya dimohon merujuk kepada Portal e-Graduan KPM di egraduan.moe.gov.my dari semasa ke semasa bagi urusan kemas kini maklumat graduan dan penempatan.

Sekiranya terdapat sebarang kesilapan alamat pada surat tawaran tersebut, calon dimohon untuk menghantar e-mel pemakluman kepada alamat Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.:

Ibu Pejabat

:

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..

Urus Setia SPP Sabah

:

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Urus Setia SPP Sarawak

:

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Sila kemukakan alamat yang betul berserta nombor kad pengenalan dan nombor telefon untuk dihubungi dalam e-mel tersebut. SPP akan menghubungi calon apabila surat tawaran tersebut telah dikemas kini dan boleh dicetak semula.

Semakan boleh dibuat pada waktu seperti berikut:

Urusan Pengambilan

Ibu Pejabat

:

03 – 8893 4019/ 4020

Sabah

:

088 – 088 – 488 521/ 522/ 523

Sarawak

:

082 – 537 011/ 015/ 017/ 018