Alat Kebolehcapaian

 
webmel

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) Akan Melaksanakan Urusan Temu Duga Lantikan Ke Jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG9 Bagi Graduan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) dan Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP), Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Tahun 2025.

Calon yang terlibat dalam urusan di atas diminta untuk mendaftar/ mengemas kini maklumat dalam sistem mySPP (https: myspp.spp.gov.my) sebelum atau pada 1 Mei 2025 (Khamis)

Untuk Semakan Nama Calon Yang Tersenarai Dalam Urusan Ini, Sila Klik Di SINI.

Arahan kepada calon:

  1. Pengisian bagi markah CGPA (PNGK) adalah berdasarkan keputusan peperiksaan semester akhir;
  2. Temu duga dijangka diadakan pada bulan Jun 2025. Calon diminta untuk memilih pusat temu duga yang sesuai mengikut anggaran tarikh tersebut;
  3. Bagi calon yang masih belum memiliki keputusan senat, pengisian bagi tarikh Senat adalah pada 20 April 2025;
  4. Memuat naik Sijil Pengajian Tinggi / skrol Sijil Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan;dan
  5. Memuat naik transkrip keputusan peperiksaan semester akhir.

Sebarang pertanyaan, calon boleh menghubungi talian di bawah:

Contact Pengambilan